Kejayaan Yuna di dalam dan luar negara boleh dikatakan sangat membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia. Nama Yuna juga sangat dikenali di luar negara dan lagu-lagu yang diperkenalkan juga sentiasa hits.

Terbaharu, Yuna telah berkongsi di laman Instagramnya bahawa beliau telah sah menandatangani kontrak dengan agensi model Wilhelmina Models. Bagi anda yang tidak tahu, Wilhelmina Models adalah satu agensi khidmat peragaan dan pengurusan bakat yang terkenal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/B2fFpQ7hbCP/

Selebriti terkenal lain turut bernaung di bawah Wilhelmina Models, antaranya ialah Nicki Minaj, Shawn Mendes, Janice Dickinson dan Kendall Jenner. Menurut Yuna, beliau sangat teruja untuk berkongsi berita gembira tersebut dan tidak pernah menyangka akan beliau akan berjaya sampai ke tahap tersebut.

Berikutan itu, ruangan komen Instagram Yuna dibanjiri dengan ucapan tahniah. Rata-rata netizen dan juga rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada Yuna diatas kejayaan yang dicapai.

photo_2019-09-19_10-13-33

Ini merupakan satu kejayaan yang cukup membanggakan buat kita rakyat Malaysia. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Yuna!

Sebelum ini peminat Yuna sanggup ke New York semata-mata ingin membeli album Yuna. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Yuna Terharu Peminat Sanggup Merantau Jauh Untuk Beli Albumnya Di New York

Tonton Video Muzik ‘Pink Youth’ Daripada Yuna dan Little Simz

Yuna Berkolaborasi Bersama Christy Ng Hasilkan Beg Tangan Dan Kasut Edisi Khas

Sumber