Yuna, penyanyi terkenal Malaysia dan antarabangsa telah menarik perhatian warganet dengan perkongsian video di laman Instagram beliau. Video yang dikongsi tersebut menunjukkan lokasi Yuna menjalani sesi penggambaran untuk single terbaharunya nanti yang bertajuk Forevermore.

Warganet tertarik dengan muzik video terbaharu Yuna yang menggunakan elemen klasik Malaysia dengan menampilkan sebuah stesen minyak lama di Kangar, Perlis dan penggunaan kereta legenda Malaysia, Proton Saga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/Bvwrkr8n1mI/

muzik video yuna

Warganet sangat berbangga dengan pemilihan elemen di dalam muzik video Yuna yang masih tidak lupa kepada tanah air tercinta meskipun beliau seorang selebriti yang telah dikenali di persada antarabangsa Yuna.

Lagu dan muzik video terbaharu Yuna yang bertajuk Forevermore ini bakal dikeluarkan pada 5 April ini. Anda semua pasti sudah tidak sabar untuk menantikan lagu dan muzik video yang menarik perhatian ramai orang ini.