Yunalis Zarai bukanlah satu nama asing dalam industri seni tanah air. Kejayaan demi kejayaan dilakar oleh beliau sehingga muziknya mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Pada 12 Julai lalu, beliau telah melancarkan album keempatnya berjudul ‘Rouge’ dan mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga ada peminatnya yang sanggup merantau jauh semata-mata untuk mendapatkan album tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

D_Vu_z6UwAAk0U7

Melalui satu posting di akaun Twitter milik @aisha_adam, dia berkongsi rasa teruja kerana berjaya mendapatkan album ‘Rouge’ itu setelah dia dan rakannya terbang jauh dari Mexico ke New York dan akhirnya menjumpai album tersebut di satu kedai di New York.

Perkongsiannya mendapat perhatian daripada Yuna dimana Yuna telah membalas Tweet tersebut dengan mengatakan bahawa beliau juga berada di New York dan ingin berjumpa dengan mereka supaya dapat menurunkan tanda tangan pada album tersebut. Aisha kemudian memuat naik gambar dia dan rakannya yang sudah pun tiba di Mexico dan tidak berkesempatan untuk bertemu Yuna.

Walaupun begitu, ramai juga netizen yang memberikan idea kreatif kepada Yuna untuk ‘sign’ album tersebut. Berikut antara komen-komen oleh netizen:

https://twitter.com/ZekJek/status/1170928106733023233

Usaha Aisha mendapatkan album tersebut harus dipuji. Anda boleh klik pautan di bawah untuk lebih banyak artikel menarik mengenai Yuna.

Tonton Video Muzik ‘Pink Youth’ Daripada Yuna dan Little Simz

Yuna Berkolaborasi Bersama Christy Ng Hasilkan Beg Tangan Dan Kasut Edisi Khas

Yuna Tampil Dengan Elemen Klasik Sempena Single Terbaru ‘Forevermore’

Sumber