Melihat kejayaan jutawan cilik YouTube, RyanToysReview yang memperolehi pendapatan sehingga $22,000,000 (∼RM92,235,000) setahun, ramai ibubapa yang berimpian untuk melakukan perkara yang sama kepada anak mereka. Oleh itu, YouTube telah memperkenalkan kem musim panas khas untuk kanak-kanak.

Antara pengisian yang disediakan di dalam kem ini tidak hanya terhad kepada proses pembuatan video dan video editing sahaja bahkan juga pendedahan lain seperti jenis-jenis video contohnya, produk review, walkthrough game dan platform dubbed muzik seperti Tik Tok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

B3-EA731_IMG015_574V_20190517172915

Kem ini boleh disertai oleh kanak-kanak seawal peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dengan yuran serendah $1,000 (∼RM4,190) sahaja untuk seminggu. Kem jelajah ini akan menemui kanak-kanak dan remaja di seluruh Amerika Syarikat sepanjang musim cuti musim panas ini.