Aktivis kemasyarakatan, Yusuf Azmi yang sebelum ini terkenal membantu mereka yang berhadapan masalah ceti haram dan hutang ah long akhirnya membuka mulut mengenai sesetengah individu yang menggunakan Facebook untuk tujuan berkelahi.

Dalam satu hantaran yang dibuat pada semalam, Yusuf dilihat menasihatkan indiividu yang dikenali sebagai ‘Long Tiger’ – yang difahamkan menimbulkan kontroversi melalui beberapa sesi live beliau di Facebook sebelum ini.

“Assalamualaikum kepada Long Tiger, saya harap awak mempunyai nama yang sebenar. Nama yang diberikan oleh ibu dan ayah dengan doa. […]

“Saya cuma nak nasihatkan apa sahaja awak lakukan jangan terlalu mencabar orang sana sini.

“Gunakkan kebijaksanaan fikiran kita dalam segala urusan, tidak perlu bertelingkah sesama islam,” tulis Yusuf di Facebook miliknya.

Individu yang dikenali sebagai Long Tiger itu dikatakan sentiasa mencabar mereka yang tidak bersetuju dengan pendapatnya serta mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Susulan daripada itu, Yusuf yang sebelum ini memang terkenal dengan bilangan pengikut yang besar di media sosial menasihatkan Long Tiger agar menggunakan media sosial dengan lebih bermanfaat.

Tambah beliau, media sosial sepatutnya digunakan sebagai platform untuk memberikan input yang baik serta menunjukkan  akhlak Islam yang sebenar kepada mereka yang bukan muslim dan bukannya dijadikan tempat untuk mencabar antara satu sama lain.

“Saya tahu awak kuat boleh perang sana sini, boleh bergaduh satu lawan satu..

“Adakah ini akhlak yang Baginda Rasulullah s.a.w ingin kita perlihatkan pada umat manusia?” soal beliau di hantaran tersebut.

Kenyataan mengenai akhlak Rasulullah itu dipercayai dikeluarkan selepas individu tersebut didakwa mengatakan Nabi Muhammad juga bukan berbangsa Melayu selepas ditanya tentang bangsa beliau.

“Pesanan saya jangan ajak orang sana sini perang perang, nak kutip orang sana sini.

“Biar kita mati bermaruah dalam menengakkan islam, bukan mati disebabkan kelemahan diri kita,” jelas Yusuf dalam hantarannya itu.

Yusuf Azmi merupakan aktivis yang mula dikenali ramai selepas pembabitannya bersama PPIM suatu ketika dahulu dalam membantu mereka yang mengalami masalah hutang ‘ahlong’ dan ceti haram seperti yang kami kongsikan di pautan di bawah. 

Lihat PPIM Dedah Kes Gadis Pinjam ‘Ahlong’ Untuk Sara Teman Lelaki

Diugut Bankrap Oleh Pengutip Hutang, Ini Apa Anda Perlu Tahu