Yusuf Azmi merupakan seorang aktivis kemasyarakatan yang sebelum ini terkenal dengan sikap beraninya apabila berhadapan dengan peminta hutang dalam usaha membantu mereka yang terjerat dengan hutang ah long ataupun ceti haram.

Baru-baru ini, Yusuf bersama sahabat karibnya, Abang Ali dengan beraninya berjumpa dengan seorang ah long di sebuah restoran Cina. Difahamkan, Yusuf telah menerima satu aduan daripada seorang pengadu yang mendakwa dia telah terjerat dengan pinjaman hutang dan menjadi mangsa kekejaman ah long berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lantaran itu, Yusuf ingin bersemuka dengan ah long itu bagi menyelesaikan masalah ini dengan cara baik dan pertemuan itu turut dirakamkan seterusnya dimuat naik ke saluran YouTube Yusuf Azmi Semboyan TV.

Menerusi video itu, Yusuf telah menegaskan bahawa pengadu sudahpun membayar hampir RM1.065 juta kepada ah long sedangkan jumlah yang dipinjamnya adalah sebanyak RM300,000. Memeritkan lagi apabila ah long itu berkeras meminta pengadu untuk menjelaskan baki hutangnya sebanyak RM410,000.

“Dia (mangsa) hutang dengan awak RM300,000, jadi berapa baki hutang yang tinggal dan saya ingin tahu berapa lagi yang ingin awak minta dari dia,” kata Yusuf.

Lelaki bergelar ah long itu dengan sombongnya menjawab “RM410,000”. Jawapan itu telah menghangatkan lagi suasana namun Yusuf masih cuba bertenang dan bersikap profesional.

“Kalau dicampurkan RM410,000 semuanya bersamaan RM1,475,000 dan ini sudah berlipat ganda awak ambil duit dia.

“Selalunya ah long paling banyak akan ambil ‘bunga’ 30 ke 40 peratus sahaja. Ini awak sudah ambil 400 peratus, macam mana awak kira?” jelas Yusuf lagi.

Perbualan itu dilanjutkan dengan rayuan Yusuf yang meminta supaya ah long mengurangkan jumlah hutang pengadu memandangkan dia kini kesempitan wang berikutan perniagaan kecilnya yang sering mengalami kerugian. Namun, ah long sepertinya tidak mengambil peduli akan masalah pengadu itu.

“Dia berniaga kecil ke besar ke, apa saya peduli, dia berhutang dengan saya,”

“Saya tidak mahu berbincang dengan awak. Berbincang dengan dia (mangsa) sudah cukup,” kata ah long sambil bangun dan sepertinnya mahu beredar dari situ.

Akibat tindakan itu, Yusuf kelihatan sedikit hilang sabar sampai menepuk meja. Dia menjelaskan, kalau mahu berbincang silakan duduk dan tidak perlu untuk ‘bangun’ (seolah-olah ingin ajak bergaduh).

Setakat ini, ah long telah berjanji tidak akan meminta hutang dan mengganggu pengadu. Akan tetapi, Yusuf telah memberi amaran dan akan mencarinya sekiranya dia masih berdegil untuk memeras wang pengadu. Namun, ah long tidak gentar dengan amaran itu sebaliknya dia bertindak kurang dan menggelar Yusuf seorang yang ‘bodoh’.

“Kalau dia mati, awak cari saya eh? Bodoh lah,” ujar ah long kepada Yusuf.

Namun apabila Yusuf garang bersuara, ah long itu sepertinya terdiam dan tidak berani melawan Yusuf. Walau bagaimanapun, kes ini dianggap selesai dan nasihat kami, janganlah meminjam ah long kerana ‘ah long bukannya mahu menolong’.

Terdahulu, Yusuf Azmi pernah memberikan nasihat buat pengguna Facebook bernama Long Tiger. Klik saja pautan di bawah ini untuk membacanya.

Yusuf Azmi Buka Mulut, Nasihat ‘Long Tiger’ Jangan Suka Berperang Sana Sini

Lihat PPIM Dedah Kes Gadis Pinjam ‘Ahlong’ Untuk Sara Teman Lelaki

Minta Hutang Cara Ekstrem, Keluarga Terkejut Terima Buku Yasin Dengan Gambar Penghutang