Pengarah di sebalik filem Mahaguru, Z Lokman merasa kecewa kerana ramai yang membuat penilaian buruk tentang filem berkenaan hanya dengan melihat trailer dan tidak menonton secara penuh filem berkenaan di pawagam.

“Ketika baru naikkan trailer dan belum keluar di pawagam, orang dah bantai, kutuk. Zaman dulu, orang tengok filem dulu baru mereka kutuk. Bila dah ada yang bantai, yang lain pun ikut sekali. Secara tidak langsung saya lihat, yang boleh jatuh dan bangunkan filem kini adalah netizen,” kata beliau kepada Sinar Harian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Filem Mahaguru hanya ditayangkan di beberapa pawagam seluruh Malaysia dan hanya berjaya bertahan selama seminggu sahaja di pawagam. Pada kami, trailer filem tidak bersalah kerana trailer adalah first impression penonton kepada sesuatu karya. Jika trailer pun sudah tidak menarik, apatah lagi filemnya secara penuh.

Dalam pada itu, Lokman turut menambah berkata selepas ini beliau bakal muncul dengan sebuah lagi filem terbaru iaitu ‘Awang Gerudi’ yang akan ditayangkan pada 27 Disember depan. Jadi mampukah Awang Gerudi menarik minat penonton untuk ke pawagam atau akan menerima nasib yang sama seperti Mahaguru? Anda tonton terlebih dahulu trailer rasmi Awang Gerudi ini.