Maldive merupakan antara pilihan destinasi untuk mereka yang ingin berbulan madu. Akan tetapi, harganya yang mahal membuatkan ramai yang tidak mampu untuk berbelanja besar hanya untuk berbulan madu.

Bagaimana jika kami katakan terdapat tempat penginapan yang jauh lebih murah daripada di Maldive dan hampir sama kecantikannya? Z9 Resort yang terletak di Kanchanaburi, Thailand ini bukan sahaja tampil dengan rekaan yang cantik tetapi menghadiahkan anda pemandangan yang indah dan menakjubkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Keunikan Z9 Resort ini dapat dilihat kerana ia terapung diatas tasik dan berada jauh dari hiruk pikuk kota yang pasti mendamaikan dan memberikan anda privasi bersama yang tersayang.

Resort ini hadir dengan 20 bilik dan setiap bilik tersedia dengan balkoni privasi yang membolehkan anda melihat keindahan matahari terbit dan terbenam, tasik dan gunung yang berada di situ.

Malah, terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di sini seperti berkayak atau jet-ski atau berkunjung ke air terjun Erawan. Jika anda ingin menginap di sini, harga bermula daripada THB4500 (~RM620) untuk satu malam dan anda boleh membuat tempahan di sini.

e25b

Untuk pengetahuan anda, Z9 Resort ini pernah mendapat anugerah kerana hospiliti yang ditawarkan pada tahun 2018 daripada Interior Design Reward. Anda kini tidak perlu berbelanja lebih untuk berbulan madu dan anda masih boleh menikmati percutian yang menakjubkan.

Ingin melancong? Ini tip dan trik tempat hotel dengan harga murah yang anda boleh cuba. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu

Thailand Bakal Kenakan Caj Insurans Perjalanan Kepada Pelancong

Lelaki Ini Kongsikan Tempat Penginapan Premium Prestige Hotel Penang

Sumber