Mahu jadi seperti Zac Alsop? Anda kena mahir perkara ini dahulu; skil Photoshop yang hebat, keyakinan dan keberanian yang tinggi. Minggu lalu berlangsungnya sidang media untuk perlawanan Mayweather dan McGregor. Video 12 minit ini menerangkan bagaimana beliau dapat masuk ke kawasan high security dengan pass yang beliau buat sendiri. Hasilnya? Beliau berjaya masuk sehingga dapat bersama-sama menjadi entourage Conor McGregor! Ingatkan semua ini hanya berlaku di dalam filem sahaja. Nampaknya Zac berjaya di dunia nyata. Memang menarik cerita perjalanan beliau hingga berjaya bersama McGregor. Zac Alsop memang seorang lejen!