Sofyank, anak muda daripada Kelantan yang telah berjaya mencipta nama dengan hasil suntingan video yang kreatif dan unik. Dia telah menghasilkan pelbagai video pendek dengan pelbagai ‘trick’ untuk menipu mata penonton.

Dia yang berusia 24 tahun telah berjaya membuka mata ramai orang untuk duduk dan lihat setiap video yang dimuat naik. Tidak terlepas juga, artis visual terkemuka iaitu Zach King pernah meluahkan keterujaan melihat video yang dihasilkan oleh anak muda ini.

Terbaharu, melalui satu video pendek yang dimuat naik di laman Instagram Sofyank. Dia sekali lagi berjaya menarik perhatian Zach King dengan satu video pendek di mana dia menyambut hari kelahirannya yang ke-24 tahun.

“Selamat Hari Jadi Sofyank, anda mengadakan parti dengan membaling gula-gula?” Kata Zach King dalam satu video yang juga dimuat naik di dalam laman YouTube beliau.

Dalam video yang berdurasi selama 1 minit itu, dapat dilihat bagaimana reaksi Zach King apabila dia rasa ‘tertipu’ dengan laptop yang bertukar menjadi kek hari lahir.

Apa yang lebih teruja adalah pujian yang diberikan oleh Zach King dengan cara Sofyank menyunting video terbabit dengan beberapa helah yang berjaya menipu mata penonton.

Di akhir video tersebut, Zach King mengucapkan selamat hari lahir kepada Sofyank dan menghadiahkannya biskut.

Sejak dimuat naik di laman Instagram, video tersebut telah mendapat reaksi pelbagai daripada peminat Sofyank. Kebanyakan daripada mereka teruja apabila bakat muda Malaysia sekali lagi mendapat perhatian artis visual luar negara.

Terdahulu, netizen pernah mencalonkan Sofyank sebagai ‘influencer’ pilihan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kecewa Dengan Pilihan Kementerian, Netizen Cadang Sofyank Dipilih Sebagai ‘Influencer’

Tonton Sofyank96 ‘Remake’ Video Yang Pernah Dihasilkan Beliau 10 Tahun Lalu

Bermula Hanya Dengan ‘Webcam’ Laptop, Sofyank96 Kongsi Perjalanan Sebelum Jadi Pencipta Konten Berjaya

Anda Mungkin Suka