Sofyank terus mencipta kejutan dan kebanggaan rakyat Malaysia apabila tampil dengan video terbaharu hasil kolaborasi bersama artis VFX terkenal, Zach King.

Dalam sebuah video pendek yang dimuat naik di laman Instagram Zach King, kerjasama kedua artis VFX ini menampilkan ‘trick’ terbaharu di mana kopi bertukar menjadi kek dan papan tanda bertukar menjadi kain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Di bahagian komen, Zach King berkata Sofyank adalah sahabatnya dari Malaysia dan meminta para peminatnya untuk melihat karya-karya Sofyank di saluran YouTube anak kelahiran Kelantan tersebut.

“Sofian ialah rakan dari Malaysia 🇲🇾 dan dia seorang pembuat filem dan artis VFX yang luar biasa. Dia baru-baru ini datang ke Los Angeles untuk bersaing dalam cabaran pembikinan filem yang saya anjurkan. Bukan spoiler, anda patut melihat [hasil kerjanya] di saluran YT saya,” kata Zach King.

Untuk rekod, Sofyank sebelum ini berjaya menjadi juara Ultimate VFX Challenge – Magic Of The Month di Los Angeles, Amerika Syarikat yang dianjurkan oleh Zach King.

Di dalam video yang dimuat naik oleh Zach King yang bertajuk ‘Is This The Next Zach King?’, kelihatan Sofyank dan dua orang artis VFX berentap untuk merebut gelaran juara dengan pelbagai cabaran yang ditawarkan sebelum produk akhir video pendek diadili oleh juri.

Tiga juri terbabit adalah Kelli, Wren dan pengacara rancangan Mythbuster iaitu Adam Savage. Di dalam video terbabit, kelihatan Adam Savage kagum dengan hasil kerja Sofyank yang berjaya menggunakan kesan VFX untuk menipu beliau.