Perasaan tidak percaya apabila mula-mula menonton video Zach King ini. Apabila diperhatikan betul-betul, itu semua trik yang hampir sempurna oleh Zach King. Dia pandai memanipulasi persekitaran sehingga mencipta satu ilusi yang buat mata kita percaya ianya wujud dan gempak! Disebabkan oleh kemahirannya itulah juga telah mempopularkan pemuda berusia 23 tahun ini sehingga dia berpeluang menjadi tetamu rancangan televisyen terkenal, The Ellen Show.

Zack King ialah seorang bintang popular bagi Vine Amerika, pembuat filem dan personaliti Youtube. Dia baru berusia 25 tahun dan kini tinggal di Los Angeles merupakan anak kacukan Cina-Amerika yang meminati pembikinan video sejak dia remaja lagi. Dia turut menamatkan pelajarannya di Biola University di dalam bidang Cinema and Media Arts Major pada Disember 2012.

Dia mula memuatnaik video di Youtube pada 2008 untuk memberikan tutorial tentang kesan visual menggunakan perisian Final Cut Pro yang dipaparkan di laman web miliknya, finalcutking.com selepas dia gagal mencari tutorial tentang penggunaan perisian tersebut di internet. Lantaran itu, dia menerima banyak pelawat di laman web dan dia mula menjual seminar latihan dan menggunakan hasil pendapatannya untuk membayar yuran kolej.

Kemudian dia tertarik dengan aplikasi Vine dan membuka akaunnya pada September 2013 selepas ramai kawannya terjebak dengan Vine. Dia suka Vine kerana mencabar kreativitinya mencipta video pendek berdurasi 6 saat sahaja. Maka, dia memutuskan untuk buat satu video Vine setiap hari untuk selama sebulan. Usahanya itu tidak sia-sia apabila video-videonya menjadi popular kerana persembahannya yang unik dengan mengaplikasikan editing yang bijak dan menarik. Zack King membikin video magik dengan memanipulasi mata-mata yang menonton video-videonya itu.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤