Zachary Levi nampaknya sangat berminat sekiranya projek akan datang Justice League menggandingkan beliau bersama Gal Gadot dan Jason Momoa.

Walaupun Warner Bros ketika ini nampak seperti tidak berminat untuk menggabungkan filem akan datang mereka, tetapi Zachary beranggapan crossover antara watak DC Comics semestinya dinantikan peminat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam filem Shazam! sendiri, sepatutnya Henry Cavill membuat kemunculan khas dalam filem tersebut tetapi disebabkan Henry Cavill mempunyai ‘masalah’, mereka hanya menunjukkan badan Superman sahaja.

Ahli Justice League yang tinggal pada ketika ini hanyalah Aquaman dan Wonder Woman. Ben Affleck tidak lagi akan menyarung kostum Batman dan begitu juga Ezra Miller yang mungkin tidak akan kembali sebagai The Flash.

Ketika ditanya soalan ketika lawatan Zachary ke Jerman, beliau ditanya sama ada beliau setuju jika Jason Momoa muncul dalam filem sekuel Shazam. “Saya rasa beliau ‘tidak mahu’ muncul dalam filem saya. Terus terang saya tidak tahu. Tetapi saya sangat menyukai filem yang melibatkan satu pasukan. Seperti Avengers. Jika kami berjaya buat satu lagi filem Justice League di mana Shazam ada di dalamnya, saya pastinya akan hilang akal,” kata Zachary.

Tetapi beliau berkata ianya terpulang kepada DC Comics dan Warner Bros untuk membuat perancangan filem di bawah kendalian mereka. Beliau akan setuju sahaja jika ada perancangan untuk menggandingkan beliau dengan Jason Momoa atau pun Gal Gadot di masa akan datang. Berikan sahaja apa yang peminat mahu, Warner Bros!

Sumber