Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pengarah Zack Snyder semalam telah berkongsikan kepada umum bagaimana rupa pelakon Jared Leto untuk filem Justice League nanti. Ia sesuatu yang mengujakan peminat DC Extended Universe apabila watak Joker turut serta dalam filem Justice league Snyder’s Cut ini .

Dapat dilihat Joker dalam filem ini berambut panjang dan bakal mempunyai persalinan baharu, berbeza dengan rupa beliau sewaktu muncul dalam filem Suicide Squad.

Kedua-dua imej rasmi ini dikongsikan secara rasmi oleh Snyder kepada Vanity Fair. Menurut Snyder, beliau akan menggunakan watak Joker dengan sehabis baik untuk Justice League nanti.

Berdasarkan laporan Vanity Fair, tiada lagi imej kelab malam untuk Joker dan Joker versi Justice League akan memakai bulletproof vest dan memakai banyak lencana polis yang ditumpaskannya sebelum ini.

Setakat ini, tidak dikongsikan oleh Snyder bagaimana watak Joker akan berfungsi dalam filem Justice league serba baharu ini. Tetapi ia akan jadi sesuatu yang hebat dan tidak dijangka. Justice League akan mula ditayangkan pada 18 Mac 2021 di Amerika Syarikat.

Selepas dikritik hebat oleh netizen, Netflix Malaysia semalam telah mula membuat ciapan dalam Bahasa Kebangsaan. Baca lagi pada pautan di bawah.

Akaun Twitter Netflix Malaysia Mula Membuat Ciapan Dalam Bahasa Kebangsaan

Kena ‘Reject’ Sebab Dapur Buruk, Cara YouTuber Ini Terima Kritikan Dipuji Netizen

Hausboom Tawar RM15,000, Inisiatif Untuk Bantu Pemuzik Tempatan

Anda Mungkin Suka