Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Bernama, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kini melakukan penambahbaikan dalam perkhidmatan bantuan zakat.

Menurut Ketua Unit Komunikasi Korporat MAIWP Wan Ahmad Fadhli Shah Wan Mohamad Zain kepada Bernama, pemohon kini hanya perlu mengisi borang dua muka surat berbanding lapan muka surat sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pemohon juga hanya perlu menyertakan salinan dokumen asas iaitu kad pengenalan dan dokumen yang menyokong permohonan mereka.

“Misalnya jika pemohon memerlukan bantuan perubatan, maka surat pengesahan daripada hospital diperlukan dengan menyatakan jenis rawatan dan keperluan yang dikehendaki,” katanya. Beliau juga berkata pemohon tidak perlu mendapatkan pengesahan pihak seperti ahli politik, ketua kampung, imam dan sebagainya.

MAIWP dari semasa ke semasa mengadakan program menjejaki asnaf menerusi Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP untuk mencari mereka yang berkelayakan menerima bantuan zakat.

Pemohon yang layak boleh menghubungi Baitulmal di talian bebas tol 1-800-88-5222 tanpa dikenakan sebarang caj bayaran.

Masyarakat juga boleh menghubungi talian 012-5183614 atau 012-5127614 untuk menyalurkan maklumat mengenai golongan asnaf dan miskin, dan golongan lain yang memerlukan bantuan termasuk kewangan.

Baca berita selanjutnya, di sini.

Sumber