Penularan sesuatu berita yang tidak benar sungguh cepat terjadi di zaman siber ini. Segalanya sangat mudah terutamanya di media sosial. Lebih memeritkan apabila ianya mendapat ribuan perkongsian daripada netizen tanpa diselidik terlebih dahulu perihal kes yang ditularkan.

Isu zakat juga tidak terkecuali. Ramai yang melabel instituisi zakat sebagai tidak kompeten dan tidak produktif ketika membantu golongan asnaf yang memerlukan bantuan. Ianya semudah ABC untuk menghukum pihak yang berwajib tanpa usul periksa. Persoalannya, benarkan instituisi zakat tidak buat kerja? Mari kita rungkai persoalan yang sering timbul satu persatu.

1. Bantuan susah untuk dapat

Ramai yang mengecam instituisi zakat apabila ingin minta bantuan, banyak sungguh protokol dan borang yang perlu diisi. Dibandingkan pula dengan pergi minta bantuan di tempat lain, senang sahaja nak dapat wang. Isi sahaja nama dan ambil amount yang diperlukan. Sebenarnya tidak bolehlah dibandingkan sebegitu rupa.

Tujuan kenapa setiap bantuan perlu mengikut syarat dan peraturan adalah untuk kesenangan bersama. Iyalah, setiap pemohon perlulah disaring terlebih dahulu; benarkan pemohon betul-betul memerlukan bantuan atau sengaja mahu cuba nasib? Memang ada kes seperti ini berlaku. Timbalan Pengurus Baitulmal Maiwp, Ahmad Tarmizi Yahya berkata di sebuah majlis tahun lalu tentang banyak perkara perlu dilihat sebelum sesuatu bantuan itu diberikan kepada asnaf.

“Kita kena faham dan jangan mudah percaya dengan apa yang diviralkan. Kadang-kadang ada yang sudah mampu (berdikari) tetapi masih mahukan bantuan. Ada juga sindiket yang mahu menjadikan asnaf sebagai mangsa. Bila dapat bantuan dibahagikan kepada mereka yang terlibat,” kata Ahmad Tarmizi.

“Orang ramai pun kena faham dalam konteks pemberian zakat ini, ada syarat dan caranya, serta tidak semudah itu. Cuba kita letak RM10,000 di sini dan sesiapa yang perlukan bantuan boleh ambil. Saya rasa jika ini berlaku, semua orang boleh datang ambil dan bukan asnaf pun pasti akan datang. Tak sampai lima minit akan habis,” tambah beliau.

Jadi setiap bantuan perlulah diperhalusi setiap satunya. Memang akan ambil masa tetapi inilah antara cara instituisi zakat menjaga zakat agar hanya yang betul-betul memerlukan bantuan akan dapat dan tidak sebaliknya.

2. Anda yang kerap bertanya, mana perginya duit zakat?

Tahukah anda, anda anda boleh melihat laman-laman sesawang atau Facebook page institusi zakat negeri masing-masing untuk melihat aktiviti pengagihan yang mereka lakukan setiap hari? Luangkan masa dan lihat. Janganlah kita sekadar menuding jari tanpa usul periksa.

3. Kenapa seringkali tular di media sosial tentang asnaf tidak terima zakat?

Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebenarnya adalah menghubungi pihak baitulmal. Sesiapa sahaja boleh membuat laporan di baitulmal, paling mudah boleh hubungi amil kawasan masing-masing. Mungkin asnaf berkenaan tidak dalam rekod asnaf yang layak untuk menerima zakat.

Instituisi zakat sering menerima cemuhan dari pengguna di media sosial apabila sesuatu kes tular di media sosial. Lagi perit yang kongsi gambar dan membuat tulisan panjang menyalahkan instituisi zakat tidak buat kerja dan dikongsi pula oleh pengguna media sosial. Pengguna yang menulis sendiri mungkin tidak membuat usul periksa tentang kesahihan gambar berkenaan. Ada kes pernah terjadi seorang asnaf sudah pun mendapat bantuan tetapi tular di media sosial yang beliau diketepikan pihak berwajib. Kan sudah jatuh fitnah kalau begitu.

4. Apa tugas kita dalam menyelesaikan masalah ini?

Pertama sekali semestinya membuat membuat research terlebih dahulu tentang sesuatu isu yang berbangkit di media sosial. Sesuatu berita itu lebih baik mendapat penjelasan dari instituisi zakat terlebih dahulu sebelum dikongsikan di media sosial. Jika benar berita berkenaan, pastinya lembaga zakat akan take action perkara tersebut secara serious.

Keduanya, berzakatlah jika sudah mampu. Diterangkan dalam Surah At-Taubah Ayat 103, “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Ini adalah antara persoalan yang sering dilontarkan tentang zakat. Sesungguhnya instituisi zakat di seluruh Malaysia sudah buat yang terbaik untuk membantu setiap golongan asnaf yang memerlukan bantuan dan akan terus berusaha untuk menambahbaik perkhidmatan maereka.

ppz
Kaunter bergerak, antara inisiatif PPZ-MAIWP untuk memudahkan proses membayar zakat

Di sini juga saya juga ingin menyeru agar kita sama-sama melaksanakan kewajiban membayar zakat. Andainya anda mempunyai persoalan berkenaan bayaran zakat di Wilayah Persekutuan terutamanya berkenaan jumlah yang perlu dibayar setiap bulan, anda boleh ke laman PPZ-MAIWP di sini. Ada kalkulator yang boleh bantu anda membuat pengiraan.

Di Wilayah Persekutuan, Sekiranya anda mahu berjumpa pegawai bertugas untuk bercakap tentang zakat secara face to face, anda boleh terus membuat panggilan di 1-300-88-5757 atau lawati laman Facebook rasmi PPZ-MAIWP di sini untuk mengetahui cawangan PPZ-MAIWP atau lokasi kaunter zakat bergerak mereka. Semoga hidup kita lebih diberkati selepas melaksanakan tanggungjawab ini. Amin.