Selepas kecoh mengenai pengeluaran notis interpol oleh Agensi Siasatan Kebangsaan India terhadap Zakir Naik baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, Zakir Naik hanyalah bertaraf penduduk tetap dan bukan warganegara Malaysia.

Kenyataan ini dikeluarkan demi menafikan laporan Hindustan Times mengatakan bahawa Zakir Naik diberi hak sebagai rakyat Malaysia. Ahmad Zahid berkata, penceramah tersebut diberi taraf sebagai penduduk tetap pada 5 tahun lepas, bukan warganegara Malaysia. Jelas beliau ketika ditanya pemberita berkenaan status Zakir Naik.

Sehubungan itu,  Ahmad Zahid berkata Malaysia sedia memberi kerjasama penuh jika kerajaan India memohon Bantuan Undang-Undang Bersama (MLA) dalam siasatan terhadap Zakir Naik. MLA boleh diperolehi jika negara itu ada hubungan dan perjanjian dengan negara kita, katanya.

Zakir Naik didakwa menghasut golongan muda Islam untuk terbabit dalam keganasan dan menganjurkan permusuhan antara masyarakat berasaskan agama dan kaum.

Bagaimanapun, Zakir dalam satu persidangan di Kuala Lumpur pada Ahad lepas, dilaporkan berkata meminta kerajaan India mencarinya di Malaysia.

Sumber