“I can run a country better than these clowns.” – Dengan semangat itu, sebidang tanah dibeli dan mahu menjadikannya sebuah negara milik sendiri yang sah. Tubuh negara sendiri? Ini bukan main-main apabila pemilik tanah, Zachary (Zaq) Landsberg bertekad untuk membentuk sebuah negara baru di dalam peta dunia.

“Matlamat konsep ini ialah saya mahu ia menjadi sebuah negara sebenar,” kata Landsberg yang menjadi presiden Zaqistan. “Maksud saya, matlamat itu tidak akan berlaku. Ia mustahil, tetapi melalui usaha, (saya) cuba menjadikannya realiti.”

Sambung Belajar
HYPE
Kisah 5 Pelajar Berazam Ubah Nasib Keluarga Walaupun Berdepan Masalah Kewangan
Baca lagi →

Terletak di kawasan terpencil Utah, Amerika Syarikat, Landsberg telah membeli tanah seluas 4 ekar (ada yang melaporkan ia 2 ekar) itu pada tahun 2005 melalui platform internet iaitu eBay pada harga US$610. Ia berikutan rasa kecewa dengan sistem negara sedia ada.

“Semasa saya membeli tanah ini, ia betul-betul selepas peristiwa Taufan Katrina dan waktu itu adalah detik hitam politik di dalam negara kita. Saya fikir,

‘Saya boleh kendalikan negara dengan lebih baik berbanding badut-badut itu semua.’

Jadi saya mula cipta sesuatu di kawasan gurun yang tiada apa-apa. Matlamat utama saya adalah menjadikan Zaqistan sebuah negara yang sah satu hari nanti.” ujar Zaqistan.

Walaupun dia memanggil kawasan itu teruk dan sepi, ia juga menarik.

“Di luar ini, ia bukan idea gila untuk mempunyai tempat kecil anda sendiri, dan untuk melakukan perkara anda sendiri dan mempunyai ruang anda sendiri dan privasi untuk berbuat demikian,” kata Landsberg, yang masih teragak-agak untuk mendedahkan lokasi sebenar Zaqistan kerana takut orang sesat ketika cuba untuk mencari tempat itu.

Negara Zaqistan disifatkan Landsberg sebagai satu ‘projek seni’ dan status terkini Zaqistan adalah negara mikro atau micronation. Zaq hanya ke situ satu atau dua kali setahun sahaja, dia asal orang New York.

Ini 15 perkara menarik tentang Zaqistan yang anda patut tahu.

1. Bendera

Sotong gergasi berwarna kuning keemasan di atas padang berwarna merah.

2. Cop mohor

Bentuk roda bergerak mewakili matahari naik, mewakili kebangkitan era baru, dikelilingi oleh sotong gergasi yang mewakili misteri dan kekuatan Zaqistan.

3. Kedudukan lokasi penting Zaqistan

4. Zaqistan di dalam peta Amerika Syarikat

Ia kira-kira 60 batu dari bandar terdekat dan 15 batu dari jalan raya yang berturap.

5. Motto kebangsaan

Quispiam Ex Nusquam

Ia membawa maksud “sesuatu daripada tiada apa-apa.”

6. Pasport rasmi

Pasport ini boleh dibeli di laman web Zaqistan dengan harga US$40. Ia juga boleh didapati di ‘kedutaan-kedutaan’ Zaqistan seperti di

7. Pintu kawalan sempadan

8. Robot pengawal sempadan

9. Cukai

Landsberg membayar cukai hartanah ini kepada Majlis Perbandaran Box Elder, yang terletak kira-kira 160 batu utara Salt Lake City. Ia menganggap pembayaran cukai itu seperti sumbangan untuk menjaga hubungan persahabatan.

10. Mt. Insurmountable

Video ini menunjukkan detik penting pertama kali bendera Zaqistani dipacakkan di puncak tertinggi di Zaqistani.

11. Berada di Zaqistan seperti terasa di bulan

Salah seorang rakyat Zaqistan, Ana Fisyak yang juga merupakan kekasih kepada pengasas Zaqistan menyatakan keadaan di situ tiada air, tiada jalan, tiada tempat perlindungan dan terdapat banyak kala jengking.

“Saya tidak pernah melihat Bima Sakti sebelum ini dan itu adalah luar biasa. Tetapi jika kewarganegaraan saya diluluskan, saya tidak pasti saya mahu tinggal di Zaqistan. Ia seperti berada di bulan.”

12. Petisyen di White House

Klik di sini.

13. Monumen

monu1

varch1

14. Bunga-bunga plastik di tanam bersesuaian dengan iklim di Zaqistan

15. Zaqopolis

Kawasan rata dan lapang yang menjadi tapak utama untuk berkhemah, dan memasak.

monu2

Zaqistan Negara Mikro

Apabila ditanya kenapa Zaqistan mahu diisytiharkan sebagai negara mikro, Landsberg menjawab:

“Adakah Taiwan sah di sisi undang-undang sebagai sebuah negara? Apakah Vatican?

Sungguh, tidak ada standard undang-undang untuk apa itu negara dan apa yang tidak. Saya akan menerangkan Zaqistan sebagai de facto berdaulat. Kerajaan tidak mengiktiraf kedaulatan Zaqistan, tetapi mereka tidak memberhentikan saya daripada melakukan perkara yang saya lakukan di sini juga.”

Tiada siapa yang telah menggangguku … Saya memiliki satu titik padang pasir di padang pasir yang luas ini di mana tidak ada satu orang pun … Mereka perlu mencari saya dulu.”

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka