Kalau di Malaysia, kain pelikat boleh dibeli di Jalan TAR sahaja dengan harga bawah RM20 ringgit untuk sehelai bergantung kepada kualiti dan jenama.

Zara nampaknya ingin mempopularkan kain pelikat dengan menghasilkan ‘kain pelikat’ versi mereka sendiri. Skirt keluaran terbaru daripada jenama Zara ini memang sama dengan kain pelikat yang biasa kita pakai di Malaysia.

Lebih menarik, ‘Check Mini Skirt’ ini dijual pada harga £69.90(RM387+-), harga yang sangat mahal jika. PEminat fesyen di Eropah turut berkata mereka boleh membeli kain berkenaan pada harga yang jauh lebih murah jika ke India atau negara-negara di Asia Tenggara.

Zara-Lungi-Sarong-Skirt-2x

Zara Sarong ‘Check Mini Skirt’

Rekaan skirt ini mempunyai lipatan di bahagian hadapan memberi ilusi ibarat memakai kain pelikat yang sebenar. Anda yang berminat boleh membelinya di sini. Selepas ini jangan terkejut kalau ada gadis yang pakai kain pelikat di Pavilion, KL. Barulah trendy.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group