Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul akan mengheret Facebook ke mahkamah selepas dia mendakwa telah menjadi mangsa buli siber dan fitnah, lapor The Vibes.

Saman ini akan membawa Facebook untuk mendedahkan identiti sebenar di sebalik akaun media sosial yang berdaftar di bawah syarikat terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, berdasarkan afidavit Zarina, bahawa dia memerlukan identiti di sebalik akaun Instagram tersebut dengan tujuan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Selebriti terbabit difahamkan telah mengajukan saman awal terhadap Facebook Inc dan Facebook Ireland Inc. dengan meminta pengisytiharan mahkamah yang membawa kepada pendedahan sebenar individu yang memegang akaun Instagram.

Salah satu akaun terbabit adalah @z_arina_anjoulie__ dan @zarinaanjoulie2, yang ditegaskan oleh Zarina adalah penipu yang memuat naik gambar dan kata-kata yang tidak bermoral.

“Saya berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Instagram yang menyamar dan mendedahkan identiti mereka dengan tujuan untuk membela diri saya daripada segala kemungkinan tuduhan yang menyalahgunakan nama saya,” kata afidavit oleh Zarina.

Zarina turut mendedahkan mengenai akaun Instagram @amyzaaznankaaia. Dia mendakwa akaun itu adalah milik Azizah @ Amyza Aznan, yang menghasut pengikutnya untuk mengikuti akaun Instagram lain, @haunted_saka18.

“Azizah tersebut telah meminta pengikut Instagramnya, dan juga masyarakat umum, untuk mengikuti akaun tersebut (@ haunted_saka18) dengan tujuan untuk mengkritik dan/atau mengecam saya,” kata afidavit itu.

Tambahan dari afidavit terbabit, Zarina turut menyatakan akaun Instagram @fara_mendoza, yang didakwa dimiliki oleh Norfaralina Md Yunus telah membuat berbagai kenyataan fitnah terhadapnya.

“Saya percaya bahawa log aktiviti dari akaun Instagram dengan nama pengguna @fara_mendoza diperlukan agar saya dapat meneruskan tindakan saya terhadap Norfaralina tersebut, kerana terdapat banyak lagi muat naik yang memfitnah saya dan yang tidak dapat saya jejak atau lihat,” kata afidavit itu.

Selain mengheret pemilik Instagram Facebook Inc ke mahkamah, Zarina juga mengajukan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 28 September dengan tujuan untuk mendedahkan identiti di sebalik akaun Instagram terbabit.

Namun, disebabkan Facebook Inc bukanlah pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, maklumat yang diperlukan oleh Zarina tidak dapat diperoleh.

Mark Zuckerberg disaman pelabur Facebook. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Mark Zuckerberg Disaman Pelabur Facebook

Vivy Yusof Saman Netizen Isu Golongan B40 Dan M40

Didakwa Fitnah Syarikat Perabot, Awal Ashaari Disaman RM3 Juta