Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Dusk Till Dawn’ kembali dengan lagu terbaharunya yang bertajuk ‘Let Me’. Muzik video rasmi lagu ini dimuat naik 15 jam yang lepas di akaun YouTube semalam telah menerima lebih 4 juta tontonan.

Zayn yang tampil memberi kenyataan mengenai pelancaran lagu ini dalam satu temu bual bersama stesen radio tempatan mengatakan beliau kini berasa yakin dengan apa yang dilakukannya berikutan beberapa konflik yang dihadapinya bersama bekas kumpulan yang pernah disertainya dan kisah cintanya bersama model terkenal, Gigi Hadid yang sudah berakhir.

Rentak lagu yang lebih chill berbanding dengan ‘Dusk Till Dawn’ ini walaubagaimanapun telah trending #1 di beberapa buah negara termasuk di rantau Asia. Bagi peminat setia Zayn Malik berikut kami sajikan muzik video ‘Let Me’.