Penyanyi kelahiran Bradford ini terpaksa melancarkan lagu terbarunya bersama August Alsina yang berjudul ‘Don’t Matter’ lebih awal dari tarikh yang sepatutnya oleh kerana ‘kebocoran’ lagu tersebut.

Menurut kenyataan beliau di Twitter, ‘kebocoran’ lagu tersebut disebabkan oleh tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab. Bagaimanapun, lagu tersebut tetap dilancarkan kerana menurut beliau peminat lebih penting daripada masalah tersebut.

Laman web penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Dusk Till Dawn’ itu juga dikatakan mengalami masalah teknikal berikutan kebanjiran sejumlah peminat yang mengakses laman web itu untuk memuat turun lagu tersebut. Hashtag #DontMatter kemudian melonjak naik seluruh dunia dalam masa sejam sahaja selepas insiden tersebut terjadi.

Dengarkan lagu terbaru dari Zayn Malik di laman web beliau untuk memuat turun lagu tersebut secara percuma.