Menyebut tentang lensa Zeiss mungkin ramai peminat atau jurugambar cukup faham dengan kehebatan jenama ini. Menawarkan seleksi lensa sejak lebih dari seabad antara yang membuatkan jenama ini diperakui kehebatannya.

Terbaru, Zeiss telah melancarkan kamera digitalnya yang tersendiri menerusi model Zeiss ZX1. Menariknya, model ini turut hadir dengan sensor 37.4-Megapixel full frame beserta julat ISO sehingga 51,200. Lensa terbina pada model ini merupakan lensa Zeiss Distagon 35mm f/2 T.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen Shot 2018-09-30 at 5.11.01 AM

ZEISS-ZX1

Screen Shot 2018-09-30 at 5.10.52 AM

Nak tahu apa yang membuatkan model ini lebih unik? Anda berpeluang edit secara terus melalui kamera ini menggunakan Adobe Lightroom yang tersedia. Seusai edit, anda boleh terus share gambar anda secara terus ke telefon pintar anda.

Zeiss ZX1 bakal dijual bermula tahun hadapan. Setakat ini, masih belum dinyatakan berapakah tanda harga yang bakal disertakan pada model ini. Walaubagaimanapun, melihat kepada teknologi yang disertakan, tidak mustahil model ini bakal ditawarkan dengan harga yang premium.