Sebelum ini peminat Marvel dikejutkan dengan berita Spider-Man mungkin tidak akan muncul lagi dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Hal ini terjadi selepas Disney dan Sony Pictures tidak lagi bersepakat dan menyebabkan Sony ‘merampas’ kembali Spider-Man daripada terus menyertai MCU.

Berikutan itu, Zendaya dikatakan telah mengikut jejak langkah Tom Holland untum unfollow akaun Instagram Sony Pictures. Tindakan yang dilakukan oleh Zendaya dan juga Tom Holland ini dilihat sebagai ‘tanda protes’ atas apa yang sedang berlaku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1 – 7wrBJqF

2 – tYpWfMM

Jika kedua-dua pelakon ini mula ‘merajuk’ dan memboikot Sony Pictures, apa agaknya yang akan diambil oleh Sony Pictures? Adakah pihak Sony Pictures mahu ‘reboot’ lagi franchise Spider-Man?

Untuk pengetahuan anda, kutipan Spider-Man: Far From Home kini adalah filem dengan kutipan paling tinggi oleh Sony Pictures. Mungkin perkara ini nampak remeh tetapi hanya pelakon Spider-Man tahu situasi sebenar ‘perang’ antara Disney dan Sony ini.

Artikel lain berkaitan isu Spider-Man x Sony Pictures

MCU Bakal Bergerak Tanpa Spider-Man Selepas Sony Dan Disney Tidak Lagi Bersepakat

Ini Kenyataan Rasmi Sony Pictures Berkenaan Isu Spider-Man

Sumber