Pastinya hampir semua rakyat Malaysia pernah menikmati keenakkan rasa nasi ayam di restoran The Chicken Rice Shop. Baru-baru ini, syarikat The Chicken Rice Shop (TCRS) dikhabarkan telah dibeli oleh pengusaha restoran Jepun, Zensho Holdings Co Ltd.

Zensho Holdings Co Ltd telah bersetuju untuk membeli rantaian TCRS dengan harga sekitar $52.86 juta (~RM220 juta). Untuk pengetahuan anda, Zensho telah mengumumkan pengambilalihan TCRS pada minggu lalu tetapi tidak mendedahkan harga belian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, urus niaga ini pastinya akan mengukuhkan lagi syarikat berkenaan di Asia Tenggara. Selain itu, Zensho bakal mewujudkan sinergi dengan TCRS yang memiliki kira-kira 100 cawangan dan membuka restoran baharu. Mungkin akan ada cawangan Chicken Rice Shop di Jepun di masa akan datang? Kemungkinan itu tetap ada.