Bagi anda yang ingin membeli kenderaan baharu dan terpakai, anda haruslah berhati-hati agar tidak tertipu dengan tawaran penjualan tanpa deposit yang dibuat syarikat penjual kereta. Ini kerana, penjualan tanpa deposit kepada pelanggan adalah menyalahi undang-undang negara dan ia hanyalah taktik untuk mengaut keuntungan berlipat ganda dan memanipulasi pelanggan.

Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor Azman Adam berkata, tawaran ‘zero down payment’ itu akan menarik lebih ramai pembeli kerana tidak perlu menyediakan simpanan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada harga kenderaan berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

P1030422

Pembeli ditetapkan untuk membayar 10 peratus wang pendahuluan daripada harga kenderaan kerana ia dapat mengelakkan pembeli disenarai hitam atau diisytihar bankrap sekiranya bayaran bulanan tinggi berikutan pembeli menunjukkan keupayaan untuk membayar harga bulanan.

Untuk pengetahuan anda, berdasarkan Akta Sewa Beli (ASB) 1967, pembeli perlu membayar tidak kurang daripada satu persepuluh harga tunai kenderaan yang termaktub dalam perjanjian. Jika syarikat yang tidak mematuhi peraturan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(1) ASB 1967.

Beberapa kedai yang menjual kenderaan dengan ‘zero downpayment’ telah diambil tindakan dan ini menunjukkan betapa seriusnya isu ini.

Sumber