Jika sebelum ini jenama kereta berlumba-lumba untuk menghasilkan kereta dengan penguasaan daripada elektrik, nampaknya pada kali ini Curtiss Motorcycles pula hadir dengan motorsikal elektrik yang mempunyai daya kuasa yang luar biasa. Dinamakan sebagai Zeus Bobber, motosikal ini disasarkan buat mereka yang cintakan kepada kelajuan. Dengan berat sekitar 215 kilogram, Zeus Bobber berjaya merekodkan kelajuan 0 ke 100km/h dalam jangka masa 2.1 saat sahaja. curtiss-zeus-electric-bobber-motorcycle-02 Semuanya dibantu oleh enjin elektrik yang mempunyai 190 kuasa kuda dan 145Nm. Lebih menarik, pengecasan penuh bagi bateri Zeus Bobber ini membolehkan motosikal elektrik ini meluncur sejauh 450 kilometer. Hebat bukan? Dari segi rekaan, warna hitam dipilih bagi menampakkan lagi sisi maskulin motorsikal ini ditambah dengan beberapa sisi luaran yang glossy bercat hitam. curtiss-zeus-electric-bobber-motorcycle-04 curtiss-zeus-electric-bobber-motorcycle-03 Setakat ini, Curtiss Motorcycles sudah mula membuka ruang pra-tempah bagi model ini dengan harga $60,000 (RM247,674.00). Pengeluaran model ini bakal mula dilancarkan seawal 2020 ini. Siapkah anda untuk menempuh kelajuan luar biasa dengan motosikal elektrik ini.