Menjelang sambutan Aidiladha hujung bulan ini, Menteri Kanan Kluster Keselamatan Ismail Sabri Yaakub menjelaskan aktiviti kunjung mengunjung semasa sambutan perayaan itu  masih lagi dibenarkan.

Pihak kerajaan juga menurut Berita Harian dilaporkan masih belum membuat keputusan untuk mengambil langkah seperti mengehadkan kehadiran tetamu seperti yang dilaksanakan ketika sambutan Aidilfitri sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Keputusan itu menurut beliau bagaimanapun boleh berubah dan bergantung kepada angka kes jangkitan baharu COVID-19 di negara ini.

“Keadaan boleh berubah mengikut keadaan dan situasi semasa, sebelum ini kita tidak sekat kehadiran tetamu pada hari biasa, jadi untuk Raya Haji mengapa kita perlu sekat?

“Prosedur operasi standard (SOP) Raya Haji ini, kita akan tentukan kemudian, jika ada peningkatan kes kita mungkin ia akan diubah,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Untuk rekod, sambutan Aidilfitri yang lalu di negara kita mencipta sejarah apabila bilangan tetamu yang berkunjung ke rumah hanya dihadkan kepada 20 orang sahaja dalam satu-satu masa.

Arahan itu dikeluarkan sebelum ini bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di satu-satu tempat sekaligus untuk mengekang penularan wabak COVID-19 yang mencatatkan angka kes yang tinggi ketika itu.

Dan kini walaupun jumlah kes telah menurun dengan banyak sebelum ini namun Kementerian Kesihatan masih lagi melaporkan kes baharu yang sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai terutama menjelang sambutan perayaan kedua terbesar masyarakat Muslim di negara ini tidak lama lagi.

Imbas kembali sambutan hari raya puasa tahun ini yang disambut secara norma baharu dengan membaca perkongsian kami di pautan di bawah.

Sambutan Raya Tahun Ni Suram? Ini 6 Perkara Yang Buat Anda Rindu Syawal Tahun Lepas!

Tonton Iklan Raya TNB ‘Semangat Raya Epik Fantastik’ Tahun Ini Yang Berbeza Tetapi Kekal Unik

‘Video Call Aje’- Rosyam Nor Gantung Banner Tidak Terima Kunjungan Hari Raya Di Kediaman Ibu

Sumber