Keunikan pengalaman menikmati burger yang ditampilkan oleh KFC Zinger Double Down pasti masih lagi segar dalam ingatan anda. KFC Malaysia bakal kembali dengan menu tersebut dan pastinya anda yang lama ternanti-nantikan menu ini kembali teruja dengan berita tersebut.

Untuk pengetahuan anda, burger KFC Zinger Double Down merupakan burger yang unik kerana roti diganti dengan dua filet Zinger Hot & Spicy kegemaran ramai yang mengapit kepingan keju dan kepingan ayam rangup serta dicurah sos Cheezy Mayo KFC.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

photo_2019-08-23_12-40-49

35237570693_6744b510f5_o

Setelah dua tahun menu ini tidak dipasarkan, kini ia akan dipasarkan semula atas permintaan daripada orang ramai. KFC Zinger Double Down ini akan tersedia di KFC terdekat anda bermula pada 27 Ogos 2019 ini hanya pada waktu yang terhad sahaja.

Menu ini menjadi kegemaran ramai orang sejak ia mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2012. Bagi anda yang pernah terlepas peluang untuk menikmati KFC Zinger Double Down sebelum ini, jangan lepaskan peluang yang muncul kali ini.