Ketika ini, makin ramai orang suka melakukan aktiviti extreme dan juga pergi ‘healing’ ke destinasi yang menenangkan. Sebut tentang aktiviti extreme, pasti anda ada terlihat video di TikTok yang memaparkan aktiviti zipline.

Terbaharu, tular sebuah video yang dikongsikan kembali di Twitter memaparkan seorang wanita bersama anaknya telah melakukan aktiviti zipline di Kuala Kubu Bharu.

Baca Juga:

https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1590973597199519744

Menerusi video tersebut, dapat dilihat wanita terbabit mendukung anaknya dan memakai kelengkapan keselamatan tetapi dilihat tidak mempunyai ciri keselamatan tambahan.

Video terbabit telah meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen berpendapat tindakan wanita itu tidak wajar kerana ia mendedahkan bahaya kepada anaknya.

https://twitter.com/amirahzzin/status/1591098448014905344

Tidak hanya itu, rata-rata netizen berpendapat bahawa wanita terbabit mementingkan diri dan berasa bimbang akan keselamatan mereka serta persoalkan sama ada aktiviti terbabit mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Segelintir netizen pula mengatakan bahawa anak wanita tersebut telah dipakaikan harness yang dipasangkan bersama dengan wanita itu dan kemalangan boleh terjadi jika tali utama dan tali ‘backup’ terputus.

Difahamkan, aktiviti terbabit mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Daerah dan JKR dimana satu dokumen dimuat naik oleh pemilik video.