Kita sering dimomokkan oleh pemanasan global dan beberapa kejadian yang terjadi akibat daripada alam sekitar. Namun apa yang jelas, ramai orang sebenarnya tidak benar-benar peduli tentang alam semula jadi.

Zirafah putih terakhir di dunia dan anaknya dilaporkan telah ditemui mati dibunuh oleh pembunuh haram di Ishaqbini Hirola Conservancy, Kenya. Ini merupakan satu-satunya zirafah jenis ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengurus tempat ini, Mohammed Ahmednoor berkata, “Kami adalah satu-satunya komuniti di dunia yang penjaga zirafah putih.

“Kejadian ini adalah satu tamparan bagi memastikan langkah-langkah luar biasa yang akan diambil oleh komuniti untuk memulihara spesies unik ini dan ini juga wake up call untuk usaha pemuliharaan.”

Mohammed turut memberitahu bahawa zirafah itu ditemui mati dalam keadaan yang tinggal hanya rangka selepas dibunuh oleh pemburu haram.

Zirafah spesis ini mula dijumpai pada tahun 2017 di pusat pemeliharaan dan di temui kali kedua pada Ogos 2019 ketika ia melahirkan anak.

Warna putih ini disebabkan oleh kejadian yang dipanggil Leucism, merupakan salah satu keadaan di mana warna pigmen di dalam badan mereka hilang.

Baca lebih lanjut mengenai pemburu madu di Gunung Himalaya. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kenali Suku Kulung, Pemburu Madu Ekstrim Di Gunung Himalaya

Harimau Malaya Mungkin Akan Pupus Dalam Jangka Masa Lima Tahun Lagi

Sumber