Pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak dilaporkan bakal muncul dalam filem dari negara seberang, Indonesia bulan hadapan. Filem berjudul ‘Kesempatan Keduda’ ini turut menampilkan barisan pelakon hebat dari negara seberang sepert Raffi Ahmad, Cut Meyriska, Bastian Stell, Marsha Aruan dan ramai lagi.

Hunter Killer Cover
HYPE
Peperangan Bawah Laut Dan Darat Penuh Aksi Gempak Dan Mendebarkan Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Zizan memegang watak sebagai seorang duda bernama Ken yang bercita-cita untuk menjadi pelakon dan akhirnya berkenalan dengan anak produser, Syafa. Hanya dengan menonton trailer filem tersebut kita dapat menjangkakan aksi-aksi yang membuatkan penonton tidak kering gusi lebih-lebih lagi dengan gabungan Raffi Ahmad dan Zizan Razak.

Filem yang bakal menemui penonton di Indonesia pada 11 Oktober nanti telah menghadiahkan penonton dengan pelancaran muzik video mini runut bunyi filem ini yang menampilkan lagu terkenal di Indonesia dan Malaysia, Lagi Syantik dari Siti Badriah.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group