Selepas memuat naik satu video yang memaparkan gambar jersi kelab divisyen pertama Liga Sweden, Hammarby IF di laman media sosial Instagram, bekas pemain Manchester United, Zlatan Ibrahimovic dikhabarkan telah menandatangani kontrak sebagai pemain bersama kelab tersebut.

Namun, pemain berusia 38 tahun yang pernah tampil dalam beberapa kejohanan besar seperti UEFA Euro dan temasya Piala Dunia sebenarnya telah membeli saham sebanyak 50 peratus dalam AEG Sweden, sebuah syarikat yang memiliki Hammarby IF sekaligus menjadikan beliau pemilik bersama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan BBC Reports, AEG Sweden turut memiliki kelab yang beraksi dalam saingan Major League Soccer (MLS) LA Galaxy, kelab yang diwakili oleh Zlatan selepas meninggalkan Manchester United. Selepas memuktamadkan proses pemilikan bersama, Zlatan nyata gembira apabila dapat bekerjasama dengan AEG bagi menguruskan Hammarby.

“Saya teruja apabila mempunyai peluang untuk meneruskan kerjasama saya bersama AEG sambil memberikan sokongan terhadap salah satu kelab terbaik serta mempunyai pengaruh di Sweden,” kata Zlatan Ibrahimovic.

Pada masa yang sama, presiden dan pengarah eksekutif AEG, Dan Beckerman menegaskan pihaknya akan terus mengekalkan baki saham yang dimiliki dan beliau juga teruja dapat bekerjasama bersama salah satu pemain terbaik dunia.

“AEG akan terus mengekalkan baki saham dalam Hammarby yang dimiliki oleh syarikat dan terus memberikan sokongan terhadap operasi serta perkembangan pasukan. Kini AEG akan bekerjasama bersama salah satu pemain yang paling dikenali dan dianggap ikon dalam dunia bola sepak,” kata Beckerman.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak di rantau Eropah yang telah kami sediakan di sini:

‘Northern Quarter’ Jadi Inspirasi Jersi ‘Away’ Manchester United

Real Madrid Dedikasikan Jersi Away 2019/2020 Kepada Peminat

Jersi ‘Home’ Arsenal Musim Depan Tertiris