Business traveler ialah pengembara yang ditanggung perbelanjaannya sepanjang perjalanan oleh syarikat tempat dia bekerja. Urusan kerja membuatkan mereka perlu pergi ke satu tempat ke tempat yang lain dan berada di satu tempat dalam satu tempoh masa tertentu. Ini bermakna golongan business traveler akan selalu meninggalkan rumahnya sendiri.

Memandangkan hotel menjadi rumah buat business traveler semasa bekerja di luar kawasan tempat tinggal, sebuah Hotel Zoku di Amsterdam, Belanda menyediakan bilik hotel yang tidak tipikal apabila menggabungkan elemen kerja dan tempat tinggal dalam satu ruang yang sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan keluasan 323 kaki persegi, Zoku Loft XL memanfaatkan ruang ini buat business traveler yang mahukan tempat untuk tinggal, bekerja dan bersosial sambil ditawarkan kemudahan hotel. Ia seolah-olah sebuah pangsapuri mikro yang mempunyai loft dengan tangga yang boleh ditarik keluar apabila diperlukan.

Sinki
Laluan ke ruang tamu, ruang makan, dapur dan bilik
Ruang kerja dan ruang simpanan dokumen dan lain-lain
Apabila masuk terus nampak sofa 3 tempat duduk.
Dapur
Meja makan berhadapan dapur
Dapur dari arah sofa
Pemandangan keseluruhan
Untuk ke tempat beradu, tangga perlu ditarik keluar terlebih dahulu
Tempat beradu yang kecil tetapi luas dengan tilam saiz King

Jika anda mahu menempah bilik hotel ini, klik di sini.

Pelan Lantai

Video Zoku Loft