Nampaknya Mark Zuckerberg dan Facebook sekali lagi melalui hari yang sukar apabila para pelabur platform media sosial ini memilih untuk menyaman Mark Zuckerberg serta CFO David Wehner berikutan kehilangan nilai Facebook sekitar $160 bilion (RM650 bilion).

Pemegang saham bernama James Kacouris antara yang mengemudi serang saman kepada Mark Zuckerberg ini atas alasan kehilangan nilai yang terlalu banyak berdsarkan laporan kewangan minggu lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

image (1)

Difahamkan saman yang dibuat ini turut melibatkan penglibatan Facebook dalam skandal Cambridge Analytica yang sekaligus membuatkan sebilangan ramai pengguna berhenti daripada menggunakan Facebook.

Kehilangan nilai Facebook ini bukan sahaja menjejas para pelabur yang lain malah Mark Zuckerberg sendiri selaku pemegang saham dimana beliau telah rugi sekitar $17 bilion (RM69 bilion) hanya dalam satu minggu. Jelaslah menjadi CEO kepada syarikat popular dan besar ini bukanlah sesuatu yang mudah.