Pelakon Zul Ariffin mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini di atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada bulan Mac yang lalu.

Zul Ariffin membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar. Pertuduhan yang dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 ini telah membawa denda sebanyak RM30,000 kepada beliau, lapor Berita Harian.

Baca Juga:

Sebelum ini Zul Ariffin dilaporkan telah memuat naik satu video ‘babak panas’ bersama seorang pelakon wanita sebagai promosi drama bersiri. Tindakannya itu bagaimanapun dikecam netizen dan mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Pelakon berusia 36 tahun itu tiba di mahkamah kira-kira jam 8.10 pagi dengan menaiki Toyota Vellfire. Manakala pengalam media sudah berkumpul di perkarangan mahkamah seawal jam 7.30 pagi.