Panas ketika ini ada artis yang demand perihal bayaran untuk mempromosikan filem lakonan mereka. Ada pengarah yang mengeluh artis yang sudah menamatkan lakonan mereka tidak mahu membantu dalam mempromosikan lakonan mereka kerana mengharapkan nayaran tambahan untuk setiap perkongsian di media sosial.

Zul Ariffin mempunyai pandangan beliau tentang isu ini. Baginya, ianya satu tanggungjawab beliau untuk mempromosikan filem atau drama lakonannya secara ikhlas tanpa mengharapkan imbuhan tambahan.

Dalam temubual bersama pihak Berita harian, Zul sentiasa menggunakan semua medium yang ada bagi menguar-uarkan hasil kerjanya kepada umum. “Menerusi produk yang ditayangkan, peminat akan menyedari hasil kerja kita. Jadi, mengapa perlu berkira kerana nanti kita juga akan mendapat manfaatnya?” kata Zul dalam temubualnya bersama Berita Harian.

“Saya tahu ada pelakon yang berkira jika diminta mempromosikan lakonan mereka di Instagram. Mengapa terlalu berkira, sedangkan mereka juga terbabit dalam produksi yang mahu dipromosikan itu,” tambah beliau lagi.

Bagi Zul, setiap perkongsian di Instagram terutamanya adalah untuk peminat menilai ‘hasil kerjanya’. Jika hubungan beliau dengan peminat dan pihak produksi dapat dijaga dengan baik, semestinya tawaran berlakon baharu akan hadir di masa akan datang.

Zul Ariffin akan hadir dengan buah tangan baharu iaitu ‘Sangkar’ yang akan ditayangkan di pawagam pada 29 Ogos depan. Nampak hebat adegan gaduh beliau bersama Remy Ishak dalam filem ini.

Sumber