Pelakon veteran Zul Yahya  yang terkenal dengan watak adiwira Pepaya baru-baru ini menggesa pekerja belakang tabir meninggalkan industri filem dan drama tanah air.

Waluapun tidak dapat dipastikan punca gesaan tersebut dilakukan namun ia difahamkan kerana terlalu banyak ketidakadilan yang berlaku kepada para pekerja industri tersebut ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Ramai sahabat saya di penghujung hidup tiada apa-apa, dahla EPF tiada, insuran kadang hidup kadang tak hidup.

“Benda ni berlaku depan mata, bila di pengakhirannya kejayan tiada, yang ada kejayaan hanya untuk segelintir.

“Tapi itu dunia, akhirat belum lagi, jom undur diri kita cari rezeki yang lebih berkat,” katanya.

Gesaan itu dibuat Zul dalam satu hantaran video berdurasi lebih kurang lima minit di laman Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/CAHwW1EAtBj/

‘Industri tiada keberkatan’

Selain mengajak rakan-rakan untuk mengundur diri daripada industri filem dan drama tanah air, beliau juga dilihat sempat berpesan agar mereka mencari pekerjaan yang lebih diberkati dalam kehidupan.

Perkara ini menurutnya berlaku kerana cara industri yang diceburi mereka ketika ini diuruskan dengan terlalu banyak kesalahan oleh mereka-mereka yang berada di dalamnya.

Perkara ini secara tidak langsung menurut penerangan yang diberikan Zul menjadikan industri tersebut bukanlah pilihan yang baik sekiranya seseorang itu mahu menjalani pekerjaan yang diberkati tuhan.

“Industri yang tiada keberkatan, dapat banyak mana pun kita tak akan pernah rasa cukup.

“Dapat banyak mana pun cepat habis sebab cara industri ini dipimpin sangat-sangat lari dari kehendak Allah swt.

“Banyak kaki ampu, banyak berpuak, banyak mementingkan diri sendiri, dan banyaknya rasuah.

“Bila mereka ada kuasa mereka salah guna untuk penuhi nafsu mereka,” kongsinya dalam video tersebut.

Selain industri filem dan drama tempatan, penggiat teater dalam negara juga tidak terlepas dari kontroversi apabila terdapat dakwaan gaji mereka tidak dibayar pelakon veteran Fauziah Ahmad Daud baru-baru ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Keringat Tidak Dibayar, Khir Rahman ‘Buka Mulut’ Isu Teater Terbitan Ogy Ahmad Daud

‘Bukan Main Bedal Je’- Suami Jelaskan Kenapa Sheila Rusly Dipilih Bawa Watak Opah