Pada hari ini kita boleh lihat pelbagai jenis kacamata ada di pasaran termasuk kacamata yang dilengkapi dengan fungsi headphone. Ia bukanlah sesuatu yang baru lagi. Namun begitu, Zungle mempunyai inovatif yang lebih menarik untuk rekaan terbaharunya yang digelar Zungle Panther.

Menurut pemerhatian awal saya, kacamata ini antara yang paling power pernah dihasilkan setakat ini. Selain berfungsi sebagai kacamata, Zungle Panther turut dilengkapi dengan headphone yang mana ia dihubungkan terus melalui alat gelombang suara. Ini bermakna anda boleh mendengar muzik tanpa perlu memakai headphone. Cool bukan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimana ia berfungsi? Ok, begini. Zungle Panther menggunakan teknologi bone conduction yang akan mengalirkan gelombang suara terus ke gegendang telinga anda. Bunyi yang keluar itu hanya akan didengari oleh anda sahaja, bukan orang lain walaupun mereka berada dekat dengan anda.

Zungle Panther boleh disambungkan ke telefon pintar anda melalui bluetooh. Selain dapat mendengar muzik, Zungle Panther turut disertakan bersama mic yang membolehkan anda menjawab panggilan. Jadi, dengan adanya kacamata ini, anda boleh mendegar muzik dan menjawab telefon dengan penuh bergaya.

Zungle Panther mampu bertahan sehingga 4 jam untuk penggunaan penuh. Menurut lawan web kickstarter, Zungle bakal dijual pada harga $150 Usd, tetapi buat masih sekarang masih lagi dalam proses mengumpul dana dan tidak dijual untuk pasaran terbuka.

Namun, jika anda teringin memiliki anda boleh buat tempahan pre order pada harga serendah $119 usd.