Pada minggu lepas kami ada berkongsi kepada anda gambar kasut kolaborasi Adidas x Dragonball Z versi Frieza dan Cell yang merupakan watak jahat paling popular dalam anime Dragon Ball Z.

Kini beberapa imej baru telah muncul, kali ini mempamerkan protagonis utama anime ini, iaitu Goku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan menggunakan model kasut Adidas ZX 500 RM, Warna kasut ini mengikut warna rasmi pakaian goku iaitu Oren, biru dan sedikit warna merah di bahagian tapak kasut. Berdasarkan teaser yang dikeluarkan, kasut edisi terhad ini bakal dikeluarkan pada Ogos ini.

Selepas tertiris video kasut ini juga dapat menbuktikan kasut untuk watak-watak popular seperti Mr.Popo, Yajirobe, Tenshinhan dan Mr Satan sedang dihasilkan.

adidas-dragon-ball-z-goku-zx-500-rm-teaser-01

Kepada peminat Dragon Ball dan sneakers, anda masih mempunyai masa yang lama untuk menabung mendapatkan kasut yang penuh nostalgia ini.