Sebut saja AirAsia buat promosi tempat duduk percuma, kaki travel mesti tak senang duduk. Ada yang sanggup berjaga malam semata-mata nak rebut peluang ini.

Ada juga yang siap bergilir dengan kawan dan sanggup memburu tempat duduk percuma AirAsia dalam kumpulan agar dapat travel bersama ke destinasi impian dengan kadar bayaran yang murah.

Ini 7 sebab kenapa AirAsia suka tawarkan promosi tempat duduk percuma:

1. Jimat tambang penerbangan

airasia-merdeka-17

Siapa pernah rasa dapat tempat duduk percuma akan tahu bagaimana rasa itu. Terbang dengan kadar berganda lebih murah. Silap gaya ketagih nak terbang dan travel selalu sebab dapat tambang penerbangan yang murah. Berbaloi-baloi.

2. Memenuhi pelan percutian impian anda

airasia-merdeka-15

Banyak destinasi ditawarkan oleh AirAsia sama ada di dalam mahupun di luar negara. Ke mana anda nak pergi? New Zealand, Australia, Korea, Jepun, Hong Kong, Filipina atau ke negara seberang? Atau sejauh ke Iran?

Nak bercuti dalam negara saja pun boleh. Pulau-pulau cantik di Sabah, ikan terubuk masin di Sarawak, jalan-jalan cari makan di Pulau Pinang dan Kelantan, keropok lekor Terengganu dan taman tema di Johor dan di negara seberang tambak Johor semuanya kini boleh dijejaki dengan mudah.

Apatah lagi dengan berbagai destinasi pilihan dalam negara yang ditawarkan oleh AirAsia.  Tinggal petik jari dan pilih, rebut promosi tempat duduk percuma dan rancang percutian anda.

3.  Jimat harga tambang penerbangan bermakna anda boleh berbelanja lebih untuk perkara lain

airasia-merdeka-23

Yes. Anda boleh agihkan lebih banyak bajet untuk penginapan, pengangkutan, membeli belah dan juga lakukan aktiviti berbayar di lokasi percutian. Pendek kata anda lebih bebas memilih mahukan percutian bajet atau sebaliknya.

Dengan 3 juta tempat duduk percuma yang ditawarkan oleh AirAsia, tidak mustahil untuk anda bercuti di dalam mahu pun di luar negara dengan kos penerbangan yang murah.

Untuk pastikan anda berjaya rebut tempat promosi duduk percuma AirAsia, baca 13 ‘Trick’ Rebut Promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia Dengan Lebih Pantas.

4. Percutian beramai-ramai

airasia-merdeka-14

Tambang murah bermakna lebih ramai boleh ikut. Seronok bila dapat bercuti beramai-ramai sama ada dengan keluarga mahu pun dengan rakan-rakan.

Lagi ramai lagi jimat. Jimat sewa hotel, pengangkutan dan bila lakukan aktiviti berkumpulan. Ditambah jika dapat rebut tempat duduk percuma AirAsia, lagi sakan anda bercuti sebab dapat jimat banyak untuk tambang kapal terbang.

5. Makanan dalam kabin yang sedap

airasia-merdeka-20

Daripada nasi lemak, nasi dagang hinggalah ke nasi ayam dan mee goreng mamak boleh anda pesan sewaktu terbang dengan AirAsia. Mahu makanan barat seperti pasta, ayam panggang dan pie juga boleh.

Siapa pernah makan nasi lemak Pak Nasser pasti tahu. Ini antara yang wajib ditempah setiap kali dalam penerbangan balik dari bercuti. Rindu makanan Malaysia kan?

6. Bayar apa yang anda perlu

Via rnadia.com

Jika travel cara backpacker, anda tak perlu lagi bayar bagi bagasi tambahan. Asal saja berat beg tidak lebih dari berat yang dihadkan oleh AirAsia. Sudah jimat di situ bukan?

Mahukan layanan lebih seperti premium airline? Anda boleh ‘upgrade’ ke Premium FlatBed dan terima kelebihan 40kg bagasi, priority check-in dan priority baggage delivery.

Jika tidak, bayar apa yang anda perlu saja. Semudah itu.

7. Now Everyone Can Fly

airasia-merdeka-16

Yes, AirAsia tahu rakyat Malaysia sukakan sesuatu yang percuma. Salah satu cara AirAsia menzahirkan pernghargaan adalah dengan menawarkan tempat duduk percuma agar lebih ramai berpeluang berkunjung ke lokasi menarik bertepatan dengan slogan mereka ‘Now Everyone Can Fly’.

Sempena kemerdekaan negara yang ke 59 tahun, AirAsia sekali lagi menawarkan promosi tempat duduk percuma sebagai penghargaan dan juga meraikan bulan kemerdekaan negara ini.

Jangan lepaskan peluang ini. Ingat, tempat duduk percuma bermakna anda lebih bebas berjimat sewaktu travel. Layari AirAsia.com sekarang. Salam merdeka!

Baca lagi: 13 ‘Trick’ Rebut Promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia Dengan Lebih Pantas