Nota Editor: Kisah ini telah dikongsikan di Facebook Dr Mohd Khairol Jambli, Yang Dipertua ISMA Kuching. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Semoga kisah ini dapat memberi inspirasi dan teladan buat kita untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.

abang-ahmad

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini adalah Abang Ahmad. Dia tinggal dalam 20-30 min berkereta dari Pekan Kanowit. Dia adalah seorang yang agama asalnya bukan beragama Islam. Tetapi setelah memeluk Islam, dia berusaha untuk menjaga ibadahnya dalam kesukaran yang kita mungkin tak terbayang.

Masjid terdekat dengan rumahnya ialah di Pekan Kanowit. Disebabkan kampung tempat tinggalnya agak ke dalam dari jalan utama, maka dia terpaksa menaiki van di awal pagi seawal 8am untuk solat Jumaat. Ini disebabkan hanya ada 2 kali sahaja van lalu di depan kampungnya ke Pekan Kanowit.

Baca: Bertemu Backpacker Remaja Berkopiah Dari Jepun, Inilah Yang Lelaki Ini Lakukan

Dia akan menaiki van pukul 8 am, berehat di masjid menunggu solat Jumaat, selepas sahaja solat Jumaat, dia bergegas balik untuk mengejar van terakhir balik ke kampungnya pada pukul 2 pm.

Di rumah, dia tinggal bersama keluarga yang belum memeluk Islam. Namun keluarganya menghormati agamanya. Dia mempunyai pinggan sendiri dan alat memasak sendiri. Jika mereka satu keluarga mahu makan ayam maka mereka minta Abang Ahmad menyembelih ayam itu supaya mereka dapat makan bersama.

Di kampungnya hanya ada 3 orang yang memeluk Islam dan yang lainnya samada beragama Kristian atau pun tiada agama.

Pertemuan dan perbualan dengannya menyebabkan aku merenung sendiri ke dalam diri, betapa mudahnya kita mendapat kemuliaan dan nikmat Islam dan Iman. Menyebabkan kita lupa untuk menghargai nikmat Iman dan Islam ini. Kerana nikmat Islam inilah kita akan masuk ke syurga Allah juga akhirnya.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam”. (Ali ‘Imran: 102)

Didoakan semua Abang Ahmad akan terus berusaha melakukan ibadat dan Semoga akhir nafas kita nanti kita akan tetap teguh di dalam agama dan dakwah ini. Amin!

p.s – Sekarang Abang Ahmad selalu mengikuti aktiviti tarbiyah bersama Ikatan Muslimin Malaysia – ISMA Cawangan Kuching. Semoga dia terus istiqamah

Baca lagi: Cara Lelaki Ini Berdakwah Kepada Seorang Freethinker Buat Kami Rasa Bangga Dengan Beliau

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram