Trump(ed). Aku macam biasa, tertinggal keretapi. Haha. Sori bang, kerja tengah banyak ni. Lagipun topik ni luas sangat. Aku komen pendek saja ya.

Jadi, Trump menang. Walaupun bukan calon pilihan, tapi dia menang sebab strategi dia betul.

Strong nationalism and anti-corruption agenda.

Sudah tentu akan ada reaksi dalam pasaran kewangan. Antara yang jelas adalah matawang.

Trump VS Clinton

Secara mudahnya, ramai orang jangka Hillary yang akan menang. Hillary ni geng Obama, Democrat. Jadi, kalau Hillary menang, proses peralihan sepatutnya lebih lancarlah. Sebab dua orang ini daripada parti yang sama. Besar kemungkinan presiden baru akan teruskan apa sahaja polisi yang ada.

Tup-tup, Trump pula yang menang. Terkejutlah semua orang. Timbul elemen ketidaktentuan apa yang akan berlaku lepas ni.

Bila jadi macam tu, pelabur akan mula tukar asset allocation depa daripada risky asset (contoh: pasaran saham) ke aset ‘safe haven’ (contoh: US dollar, emas, Japanese yen, pasaran bon, dan lain-lain).

BACA: 8 Sebab Kenapa Rakyat US Tergamak Pilih Trump Sebagai Presiden

Aset Safe Heaven

Nak senang faham, aset safe haven ni adalah aset yang kalaulah jadi apa-apa di dunia ni (contoh: perang), aset-aset ni akan tetap bernilai masa tu, berbanding aset-aset lain.

Sebab tu kita dengar semalam bursa saham banyak yang jatuh (Nikkei -5%, Hang Seng -2%, Kospi -2%).

Tapi permintaan untuk safe haven asset macam emas dan US Dollar, meningkat.

Nilai Ringgit

Rujuk carta yang aku kongsi ni.

carta-rm

Pagi semalam Ringgit adalah pada paras 4.18. Tapi sekarang dah 4.25. Lebih kurang perbezaan 700 pips (maksudnya Ringgit lemah pada paras 1.7%).

Dalam masa yang sama, harga minyak mentah pun jatuh jugak. Brent didagangkan pada $46/setong (berbanding tertinggi bulan lepas pada harga $53).

Jadi macam double whammy lah kat Ringgit. US Dollar mengukuh dan harga minyak mentah yang rendah.

Sebab tu kita tengok Ringgit sekarang pada 4.25.

Yang orang dok risau pasal Trump ni bukan apa. Dia ni US-centric. Slogan dia pun, ‘Make America Great Again’.

Dengan tak dak pengalaman nak tadbir negara, dengan poyo dia, dengan gedebe dia, satu dunia tengah nervous sekarang ni, nak tengok apa dia nak buat bila dah jadi presiden negara yang paling kuat dalam dunia.

Perjanjian Perdagangan

Antara yang dia cakap masa kempen haritu, dia nak review balik perjanjian perdagangan dengan negara-negara luar. Dan ini termasuklah TPP yang kita tanda tangan haritu.

Bagi Trump, daripada dia buat baik dengan orang lain, baik dia lindung negara dia sendiri dulu. Dan bagi dia, perjanjian macam TPP, NAFTA, semua ni tak menguntungkan Amerika. (Err, tapi di sini pun kita dok kata TPP tu tak menguntungkan kita juga.)

Sekarang bila Trump naik takhta, besar kemungkinan TPP tu tak jadilah nampak gayanya.

Sebab kalau Trump tak batalkan pun, mesti dia akan berunding atau kaji balik terma dalam tu. Tapi geng-geng sini dah tak larat nak hadap dah kalau kata nak kena runding balik. Masa tanda tangan hari tu dah cakap, “Kami tak mau runding lagi dah. Kalau jadi, jadi. Kalau tak, kira batal.”

Ye la. Penat kot nak belek satu-satu balik. Nak kena troll kat media sosial ni tak payah ceritalah.

Tapi tadi aku ada terbaca Tokpa cakap Trump mungkin tukar pandangannya. Apa yang Trump cakap tu, itu sembang masa kempen saja. Hehe.
Entahlah. Kita tengoklah jadi macam mana nanti.

Pertumbuhan Global

Berbalik ke topik trade ni, aku nak tambah sikit lagi. IMF ramalkan pertumbuhan global bagi 2016 berada pada 3.1%.

Ini pun dah berapa kali revised down dah ni. Januari dulu IMF kata 3.4%. Lepas tu turun lagi. Turun lagi. Ni terbaru (Oktober), dia target 3.1%.

Apa yang kita boleh simpulkan, jelas sekali ekonomi dunia masih lembab.

Bayangkan pula kalau Trump buat gedebe tak mau buat trade dengan orang lain. It will further dampen the global economy.

Dia awal-awal lagi dah cakap nak bantai tarif 45% untuk barangan yang US import dari China. Haa. Memang sungguh-sungguh dia nak kurangkan perdagangan dengan orang, terutamanya China.

Import Eksport

Bila tarif tinggi macam tu, maksudnya barang-barang China akan jadi mahallah di US. Bila barang mahal, permintaan akan berkurang, sebab orang tak beli. Dan bila permintaan untuk barang China berkurang, ia akan beri kesan kepada trade chain, termasuklah Malaysia.

Untuk makluman, 3 negara import terbesar kita adalah:
1. China (20%)
2. Singapura (11%)
3. Jepun (8%)

Untuk eksport:
1. Singapura (15%)
2. China (12%)
3. Amerika Syarikat (10%)

Sebenarnya semua berkait. Nampak, kan Singapura? Dia buat barangan/ servis bukan untuk kegunaan sendiri. Dia eksport pi luaq jugak, termasuklah China dan Amerika. Jadi kalau Amerika buat hal, dengan kita-kita sekali kena tempias (secara langsung dan tidak langsung).

Minyak Mentah

Dan bila ekonomi dunia tak berkembang sangat, permintaan untuk minyak mentah juga akan menurun. Dari satu segi yang lain, Saudi and the gang dok pam macam orang gila jugk, sebab tu saja sumber pendapatan depa.

Permintaan kurang, bekalan berlebih-lebih, harga minyak?

Jatuhlah. Dan bila harga minyak jatuh, sedihnya, Ringgit kita pun akan terkesan sama. Tapi takpa kot. Kita kan suka minyak murah. Hehe.

GDP Negara

Lagi satu, esok BNM nak umumkan GDP (KDNK) suku ketiga. Bila ingat balik, setakat ni, dah lima suku berturut-turut GDP kita menurun. Untuk tahun ni,

1Q16: 4.2%
2Q16: 4.0%
3Q16 ni, konsensus pada 4.0%. Ramalan rasmi untuk tahun 2016 4.0%-4.5% (FY2015: 5.0%).

Kita tunggulah esok. Kalau GDP terus jatuh, ada kemungkinan masa mesyuarat Bank Negara 23/11 nanti depa akan potong lagilah kadar faedah. Cheaper loan, nak?

Cukuplah dulu. Banyak sangat nanti muntah hijau pulak. Bai.

BACA: Ini Penerangan Paling Senang Faham Tentang Bank Negara Kurangkan Interest Rate