Susulan daripada laporan yang menyatakan terdapat sehingga 44 kes positif COVID-19 dalam kalangan pekerja keselamatan mereka, pihak 1 Utama pagi ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.

Menurut mereka, 44 kes yang dilaporkan itu tidak berasal daripada bangunan mereka dan bukannya dikenal pasti melalui ujian saringan besar-besaran yang dilakukan mereka baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terdahulu, pihak pengurusan 1 Utama sebelum ini menjalankan ujian swab test secara besar-besaran kepada seramai 6,000 penghuni dan pekerja kompleks membeli-belah berkenaan selepas terdapat kes positif COVID-19 yang mula dikesan di sana.

“Kami ingin menyatakan di sini bahawa 44 kes positif dalam kalangan pegawai keselamatan seperti dilaporkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling bukan berasal daripada 1 Utama.

“Ia juga bukan sebahagian daripada 6,000 ujian secara besar-besar besaran yang telah kami laksanakan sebelum ini.

Sebaliknya, kesemua 44 kes yang dilaporkan itu tambah mereka adalah pekerja keselamatan yang dibekalkan pihak ketiga dimana wabak berkenaan telah dijangkiti ketika berada di tempat penginapan dan bukannya premis mereka.

Malah, mereka menjelaskan daripada ribuan ujian saringan yang dilakukan itu, pihak mereka hanya mengesan sebanyak 21 kes positif dan bukannya 63 kes seperti dilaporkan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling pada semalam mengeluarkan kenyataan terdapat 63 kes positif COVID-19 melibatkan kluster Kompleks Beli Belah One Utamaa dengan 44 daripadanya terdiri daripada pekerja keselamatan.

Perkembangan berkenaan sekaligus menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai memandangkan pusat beli-belah itu merupakan antara yang popular dalam kalangan pengunjung di sekitar Lembah Klang.

121185069_1525112181017552_6480129099066113806_n
Laporan oleh JBPD mengenai perkara tersebut pada semalam

Baca juga perkongsian lain kami mengenai perkembangan semasa COVID-19 dalam negara melalui pautan di bawah.

Malaysia Bakal Menjadi Negara Terawal Terima Vaksin COVID-19

Selepas Pusat Beli-Belah 1 Utama, Mid Valley Megamall Dan The Gardens Pula Sahkan Kes Positif COVID-19

Ibarat Filem Robocop, Netizen Terpegun Lihat Kecanggihan Helmet Polis Bantuan KTMB