Traveler yang bagus adalah mereka yang berkelakuan baik dan menghormati ‘tuan rumah’. Oleh itu, selain daripada merancang jadual perjalanan dengan teliti, mengambil tahu serba sedikit berkenaan adat dan budaya sesuatu tempat itu amatlah penting. Sebaik sahaja anda merancang untuk travel, ini bermakna anda juga telah bersedia untuk mencuba dan belajar perkara yang baru di luar sana.

Setiap negara memiliki adat serta budaya yang berbeza. Sebagai contoh, di Thailand menujukan tanda-tanda marah terutamanya depan dikhalayak ramai dianggap sebagai satu kelakuan yang amat buruk. Apatah lagi jika mahu tunjuk samseng. Di China pula, bersendawa ketika makan adalah perkara biasa, tetapi jika di Malaysia kita menganggapnya sebagai satu kelakuan yang tidak sopan di depan makanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bercerita tentang adat dan budaya, di Jepun budayanya sedikit unik dan menarik untuk diketahui. Berikut merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat Jepun yang mungkin anda belum tahu.

88819

1. Bersin adalah kelakuan yang dianggap tidak sopan.
Di Jepun, bersin di tempat awam dianggap tingkah laku yang tidak bermoral dan melanggar norma masyarakat Jepun. Sebaiknya, jangan bersin di tempat terbuka atau lebih elok bersin di dalam tandas.

2. Jangan sesekali memberi tip.
Memberi tip mungkin salah satu cara mengganti ucapan terima kasih. Malah disesetengah negara, tidak memberi tip boleh dianggap kedekut. Tetapi berlainan pula di Jepun, memberi tip juga dianggap sebagai kelakuan yang tidak sopan. Jika anda memberi tip kepada pengawai atau pekerja hotel, mereka akan memulangkan semula wang anda.

3. Jangan minum atau makan sambil berjalan.
Minum atau makan sambil berjalan merupakan tindakan yang tidak lumrah dan bertentangan dengan budaya masyarakat di Jepun. Untuk mengelak dari dipandang tidak sopan, jangan sesekali minum atau makan sambil berjalan kecuali makan aiskrim. Ya, cuma aiskrim sahaja boleh makan sambil berjalan.

4. Memberi bahu kepada penumpang yang tidur
Ini adalah perkara biasa di Jepun. Jika tertidur di dalam kereta atau kereta api, anda bebas untuk tumpang bersandar di bahu orang sebelah. Begitu juga sebaliknya. Jadi, jangan terkejut jika tiba-tiba seseorang tidur bersandar dibahu anda. Orang Jepun mempunyai sikap toleransi yang tinggi dalam hal ini.

5. Selipar khas di dalam bilik mandi.
Jika berkunjung ke rumah orang Jepun, anda akan dapati ada sepasang selipar khas yang digunakan di dalam bilik mandi. Jadi, pakailah selipar yang disediakan untuk menghormati tuan rumah.

6. Berikan hadiah kepada tuan rumah.
Ini merupakan kebiasaan yang wajib dilakukan jika anda menjadi tetamu di rumah orang Jepun. Sediakan hadiah dan bungkus dengan cantik jika mahu menjadi tetamu yang baik di Jepun.

7. Jangan tuang minuman sendiri.
Ha, ini perkara penting untuk anda ambil tahu. Ketika ada jamuan minum teh, jangan sesekali menuang minuman anda sendiri. Ini merupakan perkara yang tidak sopan di Jepun. Sebaiknya, biar tuan rumah sendiri yang menuang minuman anda.

8. Menyedut mi tanda makanan sedap.
Cara paling mudah untuk mengucapkan tanda terima kasih kepada penjual atau tuan rumah adalah dengan menyedut mi yang disajikan. Di Jepun, budaya ini merupakan tanda bahawa makanan itu sedan dan beginilah cara untuk mengekspresinya. Nanti, bila makan mi jangan lupa ‘Slurrrppppp’!

9. Menjaga maruah adalah konsep yang sangat penting di Jepun.
Mengkritik atau menghina mungkin boleh menjatuhkan air muka seseorang. Jadi, banyakan memberi ucapan yang baik-baik sebagai tanda hormat.

10. Penggunaan telefon dalam pengangkutan awam.
Mengguna telefon semasa berada di dalam pengangkutan awam mungkin sudah menjadi kebiasaan kita, tapi jangan pernah sesekali melakukan perkara ini di Jepun. Mengguna telefon di dalam pengangkutan awam dianggap sebagai kelakuan yang tidak sopan dan menimbulkan kebisingan. Ini kerana, orang Jepun tidak suka menggangu kententeraman orang lain. Jadi, jika menggunakan pengangkutan awam di Jepun, pastikan anda tidak melanggar peraturan ini.

Terdapat banyak lagi adat dan budaya masyarakat Jepun, namun begitu mereka sebenarnya tidaklah terlalu tegas. Orang Jepun sangat memahami bahawa pelancong asing mungkin tidak tahu tentang budaya mereka. Kuncinya, selagi anda menghormati mereka, mereka juga tetap akan menghormati anda.