Nota Editor: Panduan ini khusus untuk bakal graduan dan mereka yang baru saja tamatkan pengajian. Ia telah dikongsikan oleh Bendahara Alam Warisan  di akaun Facebook beliau. Semoga perkongsian ini membawa manfaat untuk anda.

bendahara-1

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kepada graduan yang belum grad dan yang dah grad. How to be a great graduates for you own future.

Assalamualaikum, saya cubalah buat sesimple yang boleh. Dulu saya mula dengan gaji RM1,600 aja. Slip gaji next round saya tepek. Jangan mengomel banyak, ikhtiar pelbagaikan.

Tip ini untuk orang yang makan gaji.

1. Perbetulkan niat, perbetulkan mindset – Jangan tak tahu maksud hidup yang sementara ni. Maksud hidup adalah kerja Agama. Menyampaikan apa yang baginda SAW bawa. Belajar semula sembahyang. Cari khusyuk dan khuduk dalam solat. Fahamkan maksud-maksud dalam solat. Hafalkan surah Al-Waqiah dan ayat 1000 dinar.

2. Pergi cari guru mentor dalam hidup. Ini penting. Jangan poyo, dengan tukang sapu sampah pun kita boleh berguru. Rendahkan ego graduan tu kejap letak ke tepi. Better bakar saja ijazah tu. Kalau bakar korang sama la dengan saya yang mana saya bukan cari rezeki dengan ijazah tu sebaliknya dengan ilmu apa yang saya cari dan ada dalam dada. Ilmu faham lain, ilmu copy paste lain.

3. Cari mak cari abah, minta dari mereka restu. Dapat restu mak ayah perghh berdesuppp bang rezeki mai.

solatpdgpasir

4. Jangan la lupa berdoa sebab Allah dah sebut dalam Al quran demi kemuliaan Dia pintalah apa sahaja nescaya dia akan tunaikan. Dan Allah bersama dengan sangkaan umatnya. Minta dan senyum, think positif.

5. Dunia bukan segala-galanya tapi kamu perlu dunia untuk ke akhirat kelak. So pilih jalan terbaik, jangan jual diri, jual maruah dan jual masa depan.

6. Graduan out there, wake up. Dunia kamu hari ini adalah dunia yang terbaik untuk kamu berjaya. Lagi banyak orang lagi banyak peluang untuk dicipta. Luaskan jaringan networking mu. Jangan asik komplen aja sebab komplen tu tak akan bawak ke mana-mana. Apa kita sebut itu yang akan ditunaikan untuk kita.

7. Mulakanlah membaca dan mencari ilmu lain selain apa yang kamu pelajari di sekolah dan universiti. Ilmu tentang hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Sang Pencipta.

graduan-2

8. Kuasai money management. Belajar kenal kehendak dan keperluan. Cari lah buku macam Robert T Kiyosaki tu. Rich Dad Poor Dad tu bagus buku tu untuk memulakan perancangan financial kita.

9. Stop depending on people. Kena belajar untuk berdiri sendiri beb. Kita takde siapa pun yang paham apa yang kita tempuh melain kan diri ‘kita dan Dia’. Soooo jangan bergantung harap dengan orang lain.

10. Matlamat kena jelas. Kena ada goals, kena ada tarikh, kena ada value yang jelas. Build your dream board. Letak semua benda yang kau nak kat situ. Tak rugi apa pun. If your mind can conceived you can received. Ini dunia ni mudah je, kau rasa best proceed, rasa tak best jangan proceed.  Zikir, selawat dan dhuha jangan lupa. SEDEKAH selalu, mak abah tu bagi dulu.

Semoga berjaya dalam hidup. Jangan mengomel dan komplen banyak.

BACA: 20 Alasan Mengapa Lelaki Ini Tidak Setuju Dengan Ucapan Zahra

BACA juga: 10 Nasihat Terbaik Untuk Zahra Dan Generasi Muda Malaysia Tentang Duit

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram