Ini antara kelebihan saya kekal menulis dengan ejaan betul.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

1. Kesemua tulisan saya di Instagram, blog dan Facebook boleh diterjemah dengan mudah dan difahami lebih dari 200 bahasa di seluruh dunia menggunakan “see translation” yang telah ada disediakan di bahagian bawah setiap posting yang saya muat naik.

Malah, sejak saya serius menggunakan ejaan betul, saya dilamar oleh Cookly untuk menyertai mereka menjadi salah seorang tenaga pengajar dalam dunia masakan bagi pengembara yang datang dari luar negara ke Malaysia.

Selain itu, saya juga dapat berkenalan dengan ramai rakan-rakan di luar negara dan berkongsi maklumat dengan penulisan santai di media sosial. Antaranya ialah Puan Nimi Sunilkumar (Munnar, India), Pemenang Anugerah Buku Resepi Terbaik Dunia, 2013.

2. Kesemua tulisan saya juga dapat memberi kefahaman optimum tentang apa yang saya mahu sampaikan. Saya tidak sama sekali menulis sy, ak, aq, x, tk, nk, syg, yg, plg, tlg, utk kerana memastikan setiap apa yang saya mahu sampaikan melalui penulisan dapat dibaca dengan kefahaman yang terbaik.

3. Hampir kesemua artikel yang menjadi viral atau trending tidak perlu diedit atau diperbaiki ejaannya. Malah, artikel yang saya sediakan senang sahaja diambil oleh mereka yang mahu menyebarkannya. Ini membolehkan saya melebarkan sayap penulisan kepada media akhbar dan juga mana-mana penulisan berbentuk rencana.

4. Jika berlaku kesilapan ejaan, rakan-rakan akan menegur dengan sesegera yang mungkin. Mereka faham dan tahu yang saya amat mementingkan ejaan yang betul. Ini menjadikan hampir kesemua tulisan di media sosial saya telah dieja dengan baik dan betul.

5. Selama 10 bulan, bermula disember 2015 saya memulakan langkah serius menggunakan semua ejaan betul di dalam berkomunikasi dan bermedia sosial. Ia termasuk mesej, whatsapp, Instagram, blog, email, ruang komen di mana-mana laman sosial termasuk Facebook.

Oleh yang demikian, 80% pengikut saya sudah mula mengikut rentak saya untuk menulis dengan ejaan betul kerana saya memegang disiplin sesiapa yang mahu berkomunikasi dengan saya, perlu mengeja dengan betul barulah akan mendapat jawapan komen, emel, PM, whatsapp atau mesej.

khairul-hakimin-2

6. Saya dilamar lebih 3 rumah penerbitan (buku) dan satu rumah penerbitan (tv) untuk menulis buku dan skrip. Setakat ini saya hanya boleh terima untuk menulis buku sahaja. Skrip masih terlalu jauh untuk difikirkan. Apa pun, ia bermula dari saya mengeja dengan betul.

7. Saya juga dilamar untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang mengambil jurusan Bahasa Melayu di 2 buah university dalam negara dan sebuah kelab ‘art’ luar negara untuk bercakap dan berkongsi tentang keseronokan menggunakan Bahasa melayu sebagai perantara dengan mengeja dan menjaga tatabahasa dengan sebaiknya. Sedangkan ia bukan bidang saya.

8. Saya sangat berpuas hati dalam menulis artikel atau apa sahaja ulasan, isu kehidupan, isu serius, penulisan santai atau apa sahaja tips kerana setiap satu yang saya ingin sampaikan mendapat kefahaman yang tinggi tanpa banyak disoal balas kerana tidak berlaku kerosakan ejaan.

9. Hampir kesemua urusan ‘review’ produk yang saya jalankan di media sosial mendapat tempat dan memberi pulangan baik kepada pelanggan. Kesemua ulasan tersebut saya tulis di dalam Bahasa Melayu dan yang paling menarik, ia memberi kesan kepada audien bukan Melayu yang ingin mendapatkan produk-produk tersebut. Sekali lagi, butang “see translation” berkesan kerana tiada perkataan yang dieja dengan salah.

10. Urusan jual beli, memasarkan produk menjadi lebih ringan dan mudah sekali kerana kesemua artikel promosi dieja dengan sebaiknya (memberi kefahaman optimum) tanpa satu pun kerosakan ejaan. Malah, kadang-kadang saya masih menerima jualan walau iklan secara “soft sell” di media sosial berlaku sudah seminggu lalu.

Jadi kawan-kawan, serius menulis dengan ejaan yang betul tanpa sedikit pun ringkasan (short form) di mana-mana pun ruang komunikasi. Ia membantu menaikkan kredibiliti, membina pengaruh, membangunkan keupayaan diri dalam berinteraksi.

Tidak menjadi masalah sekiranya kalian ingin menggunakan bahasa lain selain Bahasa Melayu. Yang penting ia ditulis dengan ejaan yang betul.

Ia banyak membantu mereka dalam memahami perkataan dan ayat yang kita mahu sampaikan.

Cubalah, dan lihatlah hasilnya.

Khairul Hakimin Muhammad
Bapa Permodenan Bahasa Media Sosial Sedunia.

Baca lagi: Apa Yang Boleh Kita Pelajari Daripada Cara Perancis Melindungi Bahasa Mereka

Artikel di atas disumbangkan oleh Khairul Hakimin. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group