Assalammualaikum.

Ramai yang tanya pasal bajet. Jadi saya nak kongsikan 10 tips jimat ketika di Lombok:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

bercuti-di-lombok-1

Lambang 1000 Masjid di Lombok

bercuti-di-lombok-2

Tanjung Ann

bercuti-di-lombok-6

1. Naik bot awam (public boat) untuk ke Gili Trawangan. Public boat baru 15 ribu Rupiah setiap orang berbanding speed boat yang kena bayar 450K++ Rupiah per boat.

2. Tempah kenderaan awal untuk mengelakkan kena cas mahal bila cari di sana. Purata untuk sewa MPV (6 orang) bersama pemandu, sehari 500-600K Rupiah sahaja( 12 jam sehari). Van dalam 800K – 1 Juta Rupiah. Kalau mahal,
boleh cari pemandu lain. Boleh cuba kalau nak naik bas di sana.

3. Purata harga hotel di sana dalam lingkungan 150K-250K Rupiah (2 orang) sahaja, boleh walk in cari saja hotel yang murah sampai jumpa. Gili Trawangan pun boleh dapat.

4. Kalau ke Bendang Kelambu, boleh ambik tiket masuk tanpa guide, kalau dengan guide dalam 80K Rupiah per orang, kalau yang biasa tak salah dalam 20k sahaja.

5. Tanjung Ann dan Pantai Batu Payung, boleh jalan kaki je. Tak ambik bot pun tak apa. Harga boat sekitar 400K Rupiah.

Baca: 33 Tip Penting Jika Anda Travel Ke Pulau Boracay, Filipina

bercuti-di-lombok-3

Permandangan dari atas Bukit Pengasingan

bercuti-di-lombok-4

Bukit Merese.

bercuti-di-lombok-5

Gili Trawangan

6. Pulau Kenawa – Harga boat dalam 350K Rupiah pergi dan balik walaupun bermalam di pulau.

7. Tiu Kelep & Sendang Gile – Boleh je masuk tanpa guide sebab dah ada laluan. 20K Rupiah tiket masuk air terjun.

8. Pantai Kuta – Kalau menginap di Pantai Kuta, boleh sewa moto untuk kawasan sekitar Pantai Batu Payung,Tanjung Ann & Bukit Merese. Jimat kos pengankutan. Tak salah dalam 50k  Rupiah sehari.

9. Souvenir murah di Sengigi, kalau beli yang tepi jalan, boleh mintak diskaun banyak dari harga asal.

10. Bukit Pengasingan – Boleh ja naik sendiri tanpa guide .

Rancang awal destinasi anda. Pastikan tak terlebih bajet. Tips ni hanya untuk yang nak jimatkan kos. Selamat bercuti.

Bagi yang bakal berkahwin 16 Hotel Murah Lengkap Dengan Kolam Renang Dalam Bilik Di Bali ini mungkin patut anda pertimbangkan untuk destinasi bulan madu.