Ada yang manta tips macam mana nak lepas imigresen dengan bergaya. Hahahaha! Aku pun tak tau nak cakap macam mana sebab aku pun banyak redah je.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Tapi ini berdasarkan pengalaman dan pembacaan aku. Belum confirm lepas tapi apa-apa hal pun buat dulu kemudian tawakal. Sebab kesian orang-orang yang betul-betul nak travel tapi tak dapat nak lepas imigresen bila sampai ke negara yang dituju.

Jadi ini tips aku:

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

1. Kena ada tiket return balik Malaysia. Tak kisah la betul ke palsu. Pastikan tiket sampai KL. Setakat onward tiket belum tentu korang boleh lepas. Dan kadang korang tak boleh checkin langsung untuk fly. Aku pernah terkena kat Sri Lanka. Flight ke Istanbul tak bagi check in sebab tak ada tiket return walaupun aku ada onward ticket ke negara sebelah. End up aku tersadai 4 hari kat Colombo Airport sebelum fly balik KL.

2. Arival card. Pasti kan isi borang dengan betul terutama alamat hotel dan nombor telefon. Aku selalu letak nombor hotel. Selalu yang buat sangkut benda ni la. Jangan sampai timbul kan persoalan. Sebab akan menyebabkan dia banyak tanya nanti.

3. Booking hotel. Kadang dia nak tengok kita punya booking hotel sepanjang perjalanan kita. Jadi kena buat benda ni siap-siap.

4. Pastikan pasport sah lebih 6 bulan. Kalau cross banyak negara pastikan border terakhir kita nak cross tu pasport kita masih lebih 6 bulan. Aku pernah terkena kat Singpura. Nasib baik masuk pejabat imigresen boleh slow talk lagi. Kalau kena kat Jepun nak cakap pun payah. Buta-buta kena tendang gitu je.

5. Jangan bawa barang-barang terlarang. Jangan bawa barang-barang yang kena declare kat kastam. Tu semua punca cerita jadi panjang. Huhuhu. Sebab dari satu soalan dia akan berjangkit sampai ke content dalam phone. Semua di siasat.

Baca: Kenapa Perlu Periksa Imigresen Sebelum Ke Luar Negara

tips-lepasi-imigresen-2

6. Pastikan phone bebas dari content-content berbahaya, lucah, terrorist, atau perancangan nak kerja di sana. Incase jika kena tahan benda-benda ni punca kita ‘ke dalam’ dulu sebelum dihantar pulang.

7. Pastikan korang ade itinerari yang legit. Tau mana nak pergi, macam mana, apa saja detail pasal tourist spot. Supaya kita nampak yakin masa nak menjawab kalau dia tanya kita nak pergi mana dan nak buat apa. Sebab tu jangan salin itinerari orang tanpa buat research.

8. Pastikan bawa wang tunai cukup. Takkan pergi London korang bawaRM 300. Memang tak lepas la kecuali kad kredit korang berderet. Dan semua kad korang atas nama korang, itu tak apa.

9. Print semua dokumen-dokumen yang diperlukan. Semua booking, semua benda la. Pastikan ada hardcopy. Mana tau kalau sistem down ke. Dan ada negara yang memang tak ada komputer. Semua masih guna manual. Jadi benda ni perlu. Tapi ini untuk negara-negara terpencil la.

10. Rupa. Korang kena buat muka traveller. Jangan buat muka belacan atau muka pemetik apple. Hahahhaha. Ni aku tak tau nak cakap kena pergi grooming class. Hahahahaha.

Apa-apa hal pun korang buat la yang terbaik. Kaji, belajar English. Cakap proper English. Senang nak travel.

Baca lagi: Bagaimana Aku Lalui 4 Pemeriksaan Imigresen Sewaktu Tiba Di Melbourne, Australia