Vocket mula pertengahan 2014 sebagai satu medium pembelajaran web telah dapat memaparkan 904 artikel pada tahun tersebut. Kemudian dengan tenaga founding tim seramai 6 orang dan contributers Vocket, jumlah artikel meningkat jadi 1809 pada 2015.

Setelah dikira artikel dari 26 Disember 2015 hingga 21 Disember 2016, sebanyak 2780 artikel telah dipaparkan dan dikongsi buat manfaat masyarakat Vocket pada tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika tahun lepas kami mengeluarkan 18 artikel paling popular sepanjang tahun 2015. Kali ini kami paparkan imbasan artikel-artikel yang paling popular pada bulan-bulan yang pernah kita lalui bersama sepanjang 2016 yang hampir ke penghujungnya.

Januari 2016

Februari 2016

Mac 2016

  • Tajuk: 9 Tip Kenali Lelaki Baik Untuk Dibuat Calon Suami
  • Kategori: Suara
  • Penulis: Yazid Zul (Pensyarah)
  • Sinopsis: Pensyarah muda ini kongsikan 9 tip untuk kenalpasti ciri-ciri lelaki yang boleh dijadikan sebagai suami. Ini kerana ada segelintir orang merungut dengan menyatakan bahawa lelaki baik sudah pupus di zaman ini.

April 2016

  • Tajuk: Backpacking Seorang Diri Akhirnya Temukan Jodoh Saya Dengan Gadis Rusia
  • Kategori: Travel
  • Penulis: Aizat Othman (Usahawan)
  • Sinopsis: Jika sekarang sedang terkenal dengan drama bersiri 7 Hari Mencintaiku, kisah pemuda ini juga seindah tajuk drama tersebut. Semasa masih bergelar pelajar Master, dia telah mengembara ke Rusia. Dalam satu minggu pengembaraan itu dia sempat berkenalan dengan seorang wanita Rusia yang akhirnya menjadi isteri dia pada hari ini. Bagaimana? Itu anda kena baca sendiri.

Mei 2016

  • Tajuk: Cara Bijak Memendekkan Hutang Kereta Daripada 9 Tahun Kepada 5 Tahun Sahaja
  • Kategori: Bisnes
  • Penulis: Amir Syahir (Pelabur)
  • Sinopsis: Hutang kereta boleh menjadi penghalang kepada pemuda-pemudi hari ini untuk memiliki rumah sendiri apabila baki gaji tak melepasi syarat pembelian. Jadi, artikel ini akan tunjuk kepada bakal graduan yang mahu memiliki kereta untuk tukar pinjaman 9 tahun jadi 5 tahun sahaja.

Jun 2016

Julai 2016

Ogos 2016

September 2016

  • Tajuk: Parodi ‘Train To Busan’ Ini Pasti Buat Anda Terhibur
  • Kategori: Vocket TV
  • Sinopsis: Boleh tahan pecah juga parodi ‘Train To Busan’ ini. Ada pula penampilan cameo Abudi Alsagoff di situ. Ingat, jangan lupa bawa powerbank.

Oktober 2016

November 2016

  • Tajuk: 8 Sebab Kenapa Rakyat US Tergamak Pilih Trump Sebagai Presiden
  • Kategori: Suara
  • Penulis: Irwan Dahnil
  • Sinopsis: Artikel ini ditulis selepas Donald Trump memenangi kerusi Presiden Amerika. Penulis kongsi 8 sebab orang Amerika tergamak pilih Trump. Dia perolehi info ini semasa berbual dengan rakan yang berasal dari Tennessee, US. Rakannya itu mengundi sejak zaman Bush sampai Obama.

Disember 2016

  • Tajuk: Lelaki Ini Cuba MRT Baru Hari Ini, Dan Ini Apa Dia Dapat
  • Kategori: Kehidupan
  • Penulis: Nurulwahida Othman
  • Sinopsis: Seorang rakan editor Vocket telah mencuba perkhidmatan MRT dari stesen Semantan hingga ke Sungai Buloh dan kembali semula ke Semantan dengan menggunakan MRT juga memandangkan perkhidmatan ini percuma hingga pertengahan Januari 2017. Pengalaman dia turut diselitkan dengan gambar dan video yang menarik.

Itulah 12 artikel yang paling popular pada bulan-bulan ia dipaparkan di Vocket pada 2016. Ia ditulis oleh tim editorial Vocket dan juga sumbangan artikel daripada para contributors yang sudi berkongsi pengalaman dan menyebarluaskan informasi melalui Vocket.

Terima kasih tim editorial Vocket yang selalu inspired to inspire others! Terima kasih contributors yang awesome!

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan juga buat anda yang setia menjadi pembaca Vocket. Dengan sokongan anda semua, kita sama-sama akan melangkah ke 2017 dengan lebih baik. InshaAllah.